Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kir] | مڠوکير

Definisi : 1. membuat lukisan dll dgn cara memahat (menggores, menoreh, dll): dia asyik menarah dan ~ papan cengal tebal; 2. ki membentuk (senyuman), memperlihatkan, menampakkan (senyum dll): mulutnya ~ senyuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kir] | مڠوکير

Definisi : mem­buat hiasan pd sesuatu dgn cara memahat (menggores, menoreh dll): Di samping melukis, beliau juga pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukir
Kata Terbitan : berukir, mengukir, terukir, ukiran, pengukir,

Peribahasa

Bagai menyukat anak ayam,
     masuk empat keluar lima.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya PAHAT diertikan sejenis alat utk mengukir, lancip dan tajam, adakah penjodoh bilangan, SEBILAH PAHAT sesuai dan dianggap betul?Penjodoh bilangan yang paling hampir dengan pahat ialah bilah, sama seperti parang dan keris.Tatabahasa29.01.2016
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas