Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CK | Ayat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur? | Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) | Ejaan | 07.07.2011 |
Jururawat "mengukur" suhu pesakit. Adakah penggunaan perkataan " mengukur" betul ? | Istilah yang betul ialah menyukat. | Istilah | 23.03.2010 |
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan? | 1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali. Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran. | Istilah | 13.02.2014 |
Merujuk kepada lampiran yang disertakan, yang diambil dari buku aktiviti Sains Tahun 3, mohon jelaskan dengan lebih terperinci maksud soalan pada gambar yang dibulatkan. 1) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu cecair di dalam kotak? atau 2) Adakah soalan mengkehendaki kaedah mengukur isipadu kotak minuman? | Soalan tersebut memerlukan anda menyata kaedah yang sesuai untuk mengukur sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Berkenaan dengan bidang Tekonologi Maklumat/Komputer: 1) "Burstable" ialah kaedah mengukur lebar jalur berdasarkan penggunaan puncak, bagi tujuan pengebilan. Kaedah ini juga membolehkan penggunaan melebihi ambang tertentu untuk jangka masa yang singkat tanpa kesan kewangan ke atas pengguna. 2) "Peering" ialah proses apabila dua rangkaian internet menyambung dan menukar trafik. Proses ini membolehkan rangkaian tersebut menghantar trafik secara langsung antara pelanggan masing-masing, tanpa penglibatan pihak ketiga. Saya amat berbesar hati jika pihak DBP dapat mencadangkan istilah yang sesuai bagi "burstable" dan "peering" (jika ada). Terima kasih. | Cadangan kami peering diterjemahkan kepada merangkai padan dan burstable diterjemahkan kepada boleh langkau sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua terjemahan ini akan diteliti dengan lebih lanjut lagi dan setelah memperoleh jawapan rasmi kami akan meng-e-melkannya kepada pihak tuan. | Lain-lain | 26.05.2019 |
Saya pelajar pascasiswazah dalam proses membuat kajian pengesahan instrument untuk mengukur literasi kesihatan pergigian dalam bahasa Melayu. Saya tidak begitu faham kaedah untuk mengira index keboleh bacaan untuk petikan atau rangkap dalam bahasa Melayu. Saya mohon bantuan dari DBP sama ada boleh membantu saya mengira index kebolehbacaan itu atau memberikan saya kaedah pengiraan serta klasifikasi index. Sekian, terima kasih | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan mengira indeks kajian kerana hal ini melibatkan perkara yang teknikal, bukanlah aspek bahasa semata-mata. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa dalam indeks yang telah disediakan. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
Saya ingin bertanya, berkenaan dengan perkataan 'sekadar' , adakah perkataan ini salah ataupun kurang sesuai jika digunakan untuk mengukur kejayaan seseorang individu walaupun kejayaan tersebut merupakan kejayaan di peringkat dunia sekalipun. maksudnya, contoh ayat: seorang ahli sukan yang sekadar meraih pingat perak. mohon pencerahan. terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sekadar ialah sesuai atau seimbang dengan, sepadan dengan, cuma, atau hanya (untuk). Maka konsep yang digunakan pada contoh ayat yang diberikan boleh digunakan perkataan sekadar ini. | Tatabahasa | 19.08.2016 |
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan “standard pembelajaran” dan "standard kandungan” persis? | Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut. | Makna | 21.04.2012 |