Perbezaan makna kukus, rebus, bakar dan goreng. | Assalamualaikum, Merujuk kepada soalan puan, perbezaan makna perkataan kukus, rebus, bakar dan goreng dijawab berdasarkan penggunaan kata dalam bidang masakan: 1. kukus (makna ke-4 lihat mengukus) Makna mengukus - memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air mendidih Contoh ayat - Memasak dengan cara mengukus dapat mengekalkan rasa dan zat bahan yang digunakan dalam sesuatu makanan. 2. rebus (makna ke-2 lihat merebus) Makna merebus - memasak (sesuatu) dalam air yang mendidih supaya masak, empuk dan sebagainya Contoh ayat - Nenek merebus jagung yang sudah dibuang kulitnya. 3. bakar (makna ke-2 lihat membakar) Makna membakar - memasak (sesuatu) dengan meletakkannya di atas api atau di dalam alat yang mengandungi haba, misalnya ketuhar Contoh ayat - Zamri sedang sibuk membakar sate bersama pekerjanya. 4. goreng (makna ke-3 lihat menggoreng) Makna menggoreng - memasak (telur, ikan, ayam dan sebagainya) dengan memasukkannya ke dalam kuali atau periuk yang mengandungi minyak Contoh ayat - Kak Halimah menggoreng pisang nangka. Puan disarankan merujuk Kamus Dewan Perdana untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai kata. Terima kasih. | Makna | 02.11.2024 |
Keliru dengan kelompok kata. Adakah perkataan " merebus", "mengukus", "menggoreng" termasuk dalam kelompok homonim? Contoh lain seperti " memotong", "mengerat", mencincang". Terima Kasih. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Misalnya ketam, paku. Oleh itu, perkataan tersebut tidak tergolong dalam kelompok homonim. | Lain-lain | 11.03.2010 |
Selamat sejahtera, saya ingin membuat pengesahan bagi lampiran terjemahan dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Sekiranya terdapat kesalahan dari aspek tatabahasa dan pengolahan ayat mohon perbetulkan. Terima kasih. | Kami mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi teks yang dilampirkan ialah “Gunakan Sos Life Perisa Tiram sebagai bahan tumisan sayur-sayuran atau nasi goreng, untuk memerap daging sebelum direbus atau digoreng bersama-sama dengan rempah-ratus lain, untuk menambah perisa sebelum mengukus atau memanggang; untuk dicairkan sebagai stok masakan mi.” | Penyemakan dan penterjemahan | 09.04.2024 |