Saudari/saudari, Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. Jawapan yang betul ialah mencekah. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Thanks for clicking. That felt good.