Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.li] | مڠولي

Definisi : meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.li] | مڠولي

Definisi : meramas atau menggaul tepung dgn air dll sehingga lembut; mengadun: Tepung dan santan diuli sebelum dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uli
Kata Terbitan : menguli, ulian, penguli,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan antara "menguli" dan "mengadun"Tidak banyak perbezaan antara perkataan menguli dan mengadun. Kedua-duanya mempunyai makna yang lebih kurang sama iaitu menguli ialah meramas-ramas dan menekan-nekan seperti adunan roti, kuih dengan tangan untuk menyebatikannya, manakala mengadun ialah menggaul sesuatu campuran seperti tepung dengan air, susu dan santan supaya lebih sebati.Tatabahasa14.12.2021
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ?

1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air.

2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan.

3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).

Tatabahasa04.05.2011
Encik Khalid sedang __________ roti canai di restorannya. A.menguli B.menebar C.mencanai D.menebarSemua betul. Jawapan bergantung kepada perbuatan encik Khalid ketika itu.Tatabahasa20.11.2008

Kembali ke atas