Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima KasihKetiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan  yang berlainan.  Ayat  kedua yang betul  ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif.  Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.    Tatabahasa04.03.2009
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
Hai, saya sedang mengumpulkan data untuk latihan ilmiah. Boleh saya tahu: 1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Hot and Spicy"? 2. Yang manakah perkataan tepat untuk "lapangsasar" atau "lapang sasar"? 3. Adakah ayat ini betul "Dilarang masuk tanpa pihak berkebenaran"?
  1. Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat ialah “Pedas dan Berempah”
  2. Perkataan yang betul ialah “lapang sasar”.
  3. Ayat yang betul ialah “Dilarang masuk tanpa kebenaran”.

Penyemakan dan penterjemahan26.06.2022
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan?Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan.Lain-lain30.09.2014
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
definisi rekod?kepentingan rekod?ciri-ciri rekod?tujuan rekod?definisi return?tanggungjawab merekod?apa itu return?tanggungjawab return?Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, dari segi literal,  menurut Kamus Dewan; 

rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik;

merekodkan mencatat: ~ hasil kerja;

Lain-lain01.05.2008

Kembali ke atas