Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih. | Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa dan aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'? | Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 05.10.2013 |
apakah makna lawatan? | Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan. | Makna | 10.10.2009 |
Apakah yang dapat dibincangkan mengenai dialek mengikut konteks sosial? | Mohon agar saudara mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 17.09.2007 |
Hotel - Banguan tempat penginapan yang menyediakan makanan & perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat. | Rumah tumpangan/motel | Lain-lain | 11.02.2009 |
apakah tanggungjawab kita dalam penggunaan bahasa kebangsaan? | Saudara boleh merujuk majalah-majalah terbitan DBP atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP | Lain-lain | 10.01.2007 |
Di manakah saya boleh membuat rujukan tentang panggilan kehormat dlm ucapan aluan sesuatu majlis. | Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku yang disenaraikan ini bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Buku-buku ini terdapat di PDM Dewan Bahasa dan Pustaka. - Panduan pengucapan Awam oleh Abdul Mua'ti @ Zamri Ahmad - Pengucapan Awam Yang Berkesan oleh Maimunah Osman - Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail - Panduan Protokol dan Etiket Sosial oleh Mokhtar Mohd. Tohar dan Panduan Protokol dan Tatatertib Majlis Samsudin Wahab. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
Saya difahamkan bahawa perkataan "ramai" dan "banyak" boleh digunakan untuk manusia. Betulkah ayat ini : 1) Saya mempunyai ramai murid 2) Banyak orang mengunjungi taman itu Terima kasih | Banyak bermaksud bukan sedikit. Banyak dan ramai, kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia. Kedua-dua contoh ayat adalah betul. | Tatabahasa | 25.11.2010 |
melawat dan berkunjung kedua-dua perkataan ini sama maksud atau tidak sama? Sila berikan contoh ayat . Terima kasih. | Antara maknanya ialah pergi mengunjungi (negara asing dll): ~ ke Jepun; 2. menziarahi jenazah. Untuk keterangan lanjt sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.10.2009 |
apakah itu aci secra teori?,serta penggunaan aci di stesen janaelektrik?. | Aci merujuk pada batang logam tempat roda berpusing, gandar roda. Saudara boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan bahan-bahan berhubung dengan penggunaan aci. | Lain-lain | 13.03.2007 |