Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngun.jur] | مڠونجور

Definisi : duduk atau berbaring dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; berlunjur: Dia ~ di kaki lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengunjur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rujuk jawapan sebelum itu: perkataan belunjur wujud dalam kamus DBP Edisi ke-4: belunjur - mengunjur (kaki);Harap maaf. Soalan tidak jelas. Sila kemukakan semula kepada kami.Makna18.07.2011
maksud unjuranUnjuran membawa maksud; bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, atau bahagian tempat kaki mengunjur dan anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi.Makna30.06.2009
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih.Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat.Tatabahasa24.08.2011
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput?Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis.Tatabahasa23.06.2010

Kembali ke atas