Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngun.jur.kan] | مڠونجورکن

Definisi : meluruskan (kedua-dua belah kaki) ketika duduk atau berbaring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengunjurkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berlunjurMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berlunjur bermaksud menghulurkan kaki (sewaktu duduk dll), mengunjurkan kaki. Contoh ayat, Dia duduk berlunjur sambil makan sirih.Makna20.02.2010

Kembali ke atas