Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Kalah jadi abu,
     menang jadi arang.

Bermaksud :

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
optimumoptimum - kedudukan (jumlah, paras, dan yang terbaik atau paling menguntungkanLain-lain25.09.2014
maksud sebenar bagi perkataan optimaYang betul ialah optimum. Maknanya kedudukan (jumlah, paras, dll.) yang terbaik atau paling menguntungkan (bagi sesuatu keadaan, pengeluaran, perkembangan, dll.Makna23.11.2011
Tolong translate 3 perkataan ini 1) Banking Hub 2) Vibrant Business Community 3) Winnig Reason to InvestTerjemahannya ialah 1. hab/pusat perbankan. 2. Komuniti Niaga Cemerlang. 3. Sebab- sebab menguntungkan untuk melabur. Walau bagaimanapun terjemahan yang berikut boleh berubah mengikut konteks tertentu.Istilah23.03.2007
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif).Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

proaktif adj
1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan:
Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman.
2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb:
Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka.

produktif adj
1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan:
Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya.
2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb:
Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan.
3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak:
Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an.

Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif.
Makna04.06.2023
Selamat petang, boleh tanya untuk ayat berikut sama ada perkataan "pelajar tingkatan enam" perlu ditulis dalam huruf besar untuk setiap huruf yang pertama seperti "Pelajar Tingkatan Enam". Ayat: Amalan kitar semula dalam kalangan pelajar tingkatan enam SMK Datuk Onn, Butterworth. Terima Kasih!

Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan  konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.

Dalam hal penggunaan perkataan Pelajar Tingkatan Enam SMK Datuk Onn, Butterworth, boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. 

Perkataan pelajar tingkatan enam  ini boleh menjadi nama am seperti dalam ayat: Ceramah itu sangat menguntungkan pelajar tingkatan enam.

Tatabahasa14.12.2017

Kembali ke atas