Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, ayat yang manakah yang betul? Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘di’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negara Atau Meningkatkan kebolehpasaran graduan ‘ke’ alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam negaraAyat yang betul ialah “Meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara.”Tatabahasa08.06.2022
1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa28.06.2010
Salam sejahtera, 1.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa (dengan/ dalam ) menjalankan urusan rumah tangga. (dengan/ dalam yang patut digunakan?) Terima kasih.Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga.Tatabahasa18.07.2018
Pengambilan vaksin telah terbukti dapat mengurangkan gejala yang serius ___________ pesakit COVID-19. A.dari B.pada C.kepada D.daripadaJawapan yang betul ialah “Pengambilan vaksin telah terbukti dapat mengurangkan gejala yang serius kepada pesakit COVID-19.”Tatabahasa26.06.2024
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayatAyat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia".Tatabahasa22.07.2016
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah dengan mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dalam ayat ini? TKJawapan:
Kesalahan dalam ayat ialah perkataan "dengan" yang perlu digantikan dengan perkataan "untuk".
Ayat: Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah untuk mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara.
Tatabahasa07.11.2014
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian.Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian.Tatabahasa01.08.2012
MIMOS sedang membangunkan sebuah projek untuk mengurangkan jurang digital bandar dan luar bandar. Mohon pihak DBP untuk terjemahkan ayat dibawah dalam penggunaan ICT BI- BM 1.Setting 2.Info channel 3.Soft phoneSetting = latar; Info Channel = saluran maklumat; Soft Phone = fon maya.Makna25.02.2008
Assalamualaikum. Jawapan yang diberi oleh panel DBP bertarikh 18.07.2018 saya rujuk. [Dengan ini, kita dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam menjalankan urusan rumah tangga]. Soalan saya, dalam bahasa Melayu, "dalam" hanya ada 3 fungsi setakat ini, iaitu sebagai: 1. Kata adjektif Contoh; Air sungai itu dalam dan deras. 2. Kata sendi nama Contoh; Ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. (selepas "dalam" KN) 3. Kata arah Contoh; Baju itu ada di dalam almari. Setakat ini, Tatabahasa Dewan dan Nahu Mutakhir belum lagi memasukkan "dalam' sebagai kata hubung keterangan. Oleh hal yang demikian, jawapan yang diberikan oleh DBP [dalam menjalankan urusan rumah tangga] itu mengikut rumus apa? Saya memerhatikan bahawa ramai pengguna bahasa Melayu sekarang ini cenderung menggunakan "dalam" selepasnya kata kerja. Adakah ayat itu gramatis? atau pengguna bahasa perlu menambah kata "usaha" seperti dalam usaha menjalankan urusan rumah tangga. Mungkin boleh juga digantikan dengan tatkala atau ketika. Sekian, harap maklumKami bersetuju dengan pandangan tuan, kata "dalam" hanya berfungsi sebagai kata sendi nama, kata adjektif dan kata arah. Oleh itu, ayat yang betul ialah "... dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk menjalankan urusan rumah tangga." Kami mohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dalam jawapan kami sebelum ini.Tatabahasa18.04.2019
12345

Kembali ke atas