Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngur.nia.kan] | مڠورنياکن

Definisi : menganugerahkan, mem­berikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngur.nia.kan] | مڠورنياکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurnia (kata nama)
Bersinonim dengan kasih, anugerah, pemberian, nikmat, hadiah, berkat, rahmat;,
Kata Terbitan : mengurniakan, kurniaan, pengurniaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mengurniakan dan menganugerahkan ?Dari aspek makna mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata berkenaan. Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja, seperti Baginda mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima/Istiadat pengurniaan pingat sedang berlangsung di Balairung Seri, manakala perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja, seperti Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau/Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.Tatabahasa19.11.2021
Q. Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu. A.menyerahkan B.mengurniakan C.menyampaikan D.menganugerahkan Mengapakah jawapannya ialah 'B' ? Saya ternampak ayat ini di dalam buku. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan pingat PJK kepada orang-orang yang berjasa. Mengapakah sini letak menganugerahkan?Dari aspek makna, mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua perkataan berkenaan.

a) Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja.
Contoh: Sultan Kedah telah mengurniakan pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu.

b) Perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja.
Contoh:
Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau.
Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Tatabahasa19.11.2021
Mohon DBP cadang penggunaan yang tepat. 1. Sultan menganugerahkan ATAU mengurniakan pingat kebesaran...? 2. Selamat pagi guru dan rakan rakan sekalian / Selamat pagi guru dan rakan rakan. yang mana betul? Terima kasih.1. Penggunaan perkataan yang tepat dalam konteks tersebut ialah Sultan mengurniakan pingat kebesaran. 2. Frasa yang betul ialah Selamat pagi guru dan rakan sekalian.Lain-lain25.05.2021
Salam sejehtera. A Sultan Selangor telah mengurniakan beliau sebentuk pingat keberanian. B Ibu menghidangi lauk-pauk yang amat istimewa untuk kami pada hari ini. C Penduduk Taman Jati sentiasa mengamalkan sikap saling bantu-membantu. D Pengusaha makanan dingin beku itu memperoleh pendapatan yang lumayan. Mohon pandangan tuan, ayat yang mana betul ? Terima kasih.

Salam Sejahtera,
Ayat yang betul ialah ayat D, walau bagaimanapun, istilah yang lebih tepat ialah makanan sejuk beku. Ayat A ( pembetulan- mengurniakan sebentuk pingat); Ayat B ( pembetulan- menghidangi kami) ; Ayat C (pembetulan – saling membantu).

 

Tatabahasa24.07.2018
Sultan menganugerahkan atau mengurniakan pingat kebesaranKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain16.08.2017
mohon pertanyaan ejaan sekiranya saya ingin membuat ayat "segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kekuatan kepada hambanya". macamana ejaan hambanya atau hambaNya?mohon maklum balas segeraEjaan yang betul ialah hamba-Nya.Ejaan16.06.2015
Selamat sejahtera. Minta tuan/puan menyemak sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah. Jika salah, minta tuan membetulkannya. Terima kasih. 1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan tokoh pemimpin yang berwibawa itu pingat darjah kebesaran sempena sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63. 2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya. 3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya. 4. Kamisan menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekap darah itu. 5. Anak yatim yang kami jumpa semalam menceritakan semula peristiwa yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya. 6. En. Jefridin bersetuju memperisterikan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.

Ayat yang betul ialah:

1. Sultan Ammar Muhaimin berkenan untuk mengurniakan pingat darjah kebesaran kepada tokoh pemimpin yang berwibawa itu bersempena dengan sambutan majlis keputeraan baginda yang ke-63.

2. Setelah lebih sebulan terbaring sakit, kini barulah Pak Siham cekap berdiri tanpa bantuan isterinya

3. Pergerakan tangan Ahmad yang cekap menyukarkan pihak lawan untuk menangkis serangannya.

4. Kamsian menyimpan dendam terhadap peniaga yang bersikap cekik darah itu.

5. Encik Jefridin bersetuju mengahwinkan anaknya dengan jejaka idaman pilihan anak emasnya itu.
Tatabahasa03.05.2022
tolong terangkan kesalahan dalam ayat ini - 1. Begitu juga dengan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sentiasa membanjiri kawasan Putrajaya tanpa mengira waktu. 2. Berikut ialah nama murid yang akan menyertai lawatan ke Langkawi. 3.Semoga hasratnya tercapai untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. 4. Mi segeralah kita makan pada malam ini. 5. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini. 6. Baginda akan mengurniai rakyat yang banyak berjasa sempena Hari Keputeraan baginda esok.1. Luar negeri sepatutnya luar negara. 2. Ayat ini betul. 3. Melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan di menara gading. 4. Dialog ini betul. 5. dalam majlis sepatutnya pada majlis. 6. Ayat sepatutnya Baginda mengurniakan pingat kepada rakyat yang banyak berjasa.Tatabahasa14.04.2010

Kembali ke atas