| Manakah yang betul penggunaan istilah bagi kata menjadi urus setia: Mengurussetiakan atau Mengurus setiakan atau Mengurus setia? | Dari segi pengejaan, kata majmuk dieja terpisah seperti yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan 1993 (contohnya urus setia) kecuali beberapa perkataan yang yang telah ditetapkan dalam buku tersebut. Bentuk turunan kata majmuk dieja dengan menambahkan imbuhan tanpa sebarang pengguguran huruf, contohnya urus setia menjadi keurussetiaan. | Tatabahasa | 07.09.2018 |
| Mohon bantuan ejaan betul bagi perkataan 'mengurusetiakan'. Tiada maklumat dalam carian kata. Jika 'Urus Setia' dieja dengan dua perkataan, adakah 'mengurus setiakan' juga begitu. | Ejaan yang betul ialah ‘mengurussetiakan’ atau boleh juga tuan gunakan ‘menjadi urus setia’. | Tatabahasa | 10.12.2014 |