Selamat pagi ; Ayat berikut betul??? 1. Para pelajar harus mengutamakan pelajaran untuk masa depan mereka. Terima kasih. | Dengan ini disahkan bahawa ayat sdr betul. Sdr juga boleh menggunakan kata sendi lain seperti "bagi" dan "demi " untuk membina ayat. Misalnya, (1.) Para pelajar harus mengutamakan pelajaran demi masa depan mereka. (2) Para pelajar harus mengutamakan pelajaran bagi masa depan mereka. | Tatabahasa | 20.04.2009 |
Tolong jelaskan secara ringkas tentang 1. Ayat gramatis 2. Ayat majmuk 3. Ayat Aktif 4. Ayat pasif 5. Ejaan yang betul, powerpoint, power point atau Power point. Terima kasih. | 1. Ayat gramatis ialah ayat yang dibina mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. 2. Ayat majmuk ialah ayat besar yang terdiri daripada dua ayat kecil atau lebih. 3. Ayat Aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 4. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. 5. Ejaan yang betul ialah powerpoint atau tuan boleh juga menggunakan slaid persembahan. | Tatabahasa | 29.11.2013 |
1. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF. 2. CIRI-CIRI PERBEZAAN AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG. | 1. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang menutamakan subjek asal sebagai penerang, contohnya: Ali menendang bola. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul, contohnya: Bola ditendang oleh Ali. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. 2. Ayat dalam susunan biasa, subjeknya mendahuli predikat, seperti: Orang tua itu sangat rajin. Dalam susunan songsang, predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek, seperti: Sangat rajin orang tua itu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 477. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. | Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut: 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara. | Tatabahasa | 06.10.2014 |
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul? | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela ingin bertanya tentang perterjemahan ayat dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. berikut adalah ayat yang ingin diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. 1. Walk Of Life 2. Make Road Safe Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan membuat kempen berkenaan.Justeru itu pihak kami ingin menterjemahkan nama kempen berkenaan ke dalam bahasa melayu sempena seruan kerajaan untuk mengutamakan penggunaan bahasa melayu. Saya memohon jasa baik dari pihak tuan untuk memberi cadangan yang sesuai untuk perterjemahan nama kempen berikut ke dalam bahasa melayu. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan. Sekian Terima Kasih. | Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat" dan "Make Road Safe" ialah " Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda". Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks. | Istilah | 02.11.2011 |
Ibu memasak kari ikan di dapur. Kalau tukar ayat ini kepada ayat pasif ialah jawapan 1 atau 2 ? Boleh berikan penerangan . 1. Kari ikan dimasak oleh ibu di dapur. 2. Kari ikan di dapur dimasak oleh ibu. Terima kasih. | Gina, Sila lihat dan teliti penerangan ini - Ayat pasif ialah ayat yang terbentuk daripada ayat aktif transitif, mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat - Bola ditendang oleh Ali. Kucing itu dikejar oleh anjing. | Tatabahasa | 06.07.2010 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati. | Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali". | Tatabahasa | 29.08.2014 |
1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasih | Selamat pagi, Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman, Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.10.2015 |
Encik, Antara dua ayat berikut, manakah yang betul? 1. Batu itu dapat saya angkat. 2. Batu itu terangkat oleh saya. Persoalannya, ayat pasif untuk kata diri pertama 'saya' bolehkah didahului perkataan 'oleh'? Tolong berikan penjelasan. Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kedua-dua ayat yang dinyatakan adalah betul. Ini berdasarakan penerangan berikut. Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek sebagai judul. Apabila objek (selepas kata kertja transitif) hendak ditekankan, maka objek itu dibawa ke hadapan. Bentuk ayat aktif ditukar menjadi bentuk ayat pasif. Bentuk kata kerja berawalan meN.... (mengangkat) dalam ayat aktif bertukar menjadi bentuk di- dan diikuti kata sendi oleh... | Tatabahasa | 05.04.2009 |