apa beza berutus dan mengutus? | ​Assalamualaikum, Perkataan berutus bermaksud berkirim surat, berita, e-mel dan sebagainya (kelas kata: kata kerja tak transitif) Contoh ayat - Kami masih berutus e-mel walaupun jarang-jarang bertemu. Manakala perkataan mengutus mempunyai dua maksud: 1. mengirim atau menghantar (surat, berita, e-mel dan sebagainya) (kelas kata: kata kerja transitif) Contoh ayat - Dia mengutus surat kepada gadis idamannya kerana dia malu hendak bertemu muka. 2. menyuruh (seseorang) pergi sebagai wakil diri (kelas kata: kata kerja transitif) Contoh ayat - Akhirnya dia pun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. (Rujukan Kamus Dewan Perdana, 2020:hlm. 2492) Terima kasih. | Makna | 22.05.2025 |
Apakah perbezaan ayat 1 denagn ayat 2 dari segi maksud (jika ada). Ayat manakah lebih tepat digunakan? Ayat 1 - Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. Ayat 2 - Pihak tuan hendaklah mengirim senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. | 1. Pihak tuan hendaklah mengirimkan senarai pusat peperiksaan kepada pihak kami dengan melengkapkan borang ABC. - Ayat ini yang paling tepat kerana mengirim bermaksud menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi pos dan sebagainya; manakala mengirimkan bermaksud menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, atau mengutus. Dalam ayat tersebut mengirimkan di sini bermaksud menghantar. | Tatabahasa | 12.01.2010 |