Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : 1. mengecap (nikmat), meng­alami atau merasai sesuatu yg sedap (lazat, menyamankan, dsb): dlm kesibukan orang ~ nasi minyak, dia dapat lelap sekejap; 2. meng­­alami, merasai: menjadi suatu tang­gung­jawab guru bahasa bagi mendidik kanak-kanak berperasaan halus dan ~ penga­laman-pengalaman baik melalui pelajaran bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.niÖ.ma.ti] | منعمتي

Definisi : me­ngecap (merasai, mengalami) nik­mat: Mereka ~ kehidupan yg sangat ba­ha­gia. Ketika kami sampai, mereka sedang ~ makan tengah hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nikmat
1. Bersinonim dengan enak
( sedap, lazat, seronok, nyaman, naim, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan anugerah Allah
( kurnia, pemberian Allah, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : menikmati, kenikmatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Bagi yang ingin menikmati kehidupan mewah Temui anda di sini...Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disahkan. Pada masa akan datang, sila kemukakan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat  Nasihat DBP). Melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, puan boleh memperoleh pengesahan iklan dan terdapat sijil pengesahan yang boleh dicetak.Lain-lain15.09.2012
cara-cara untuk menghayati dan menikmati puisiRajin membaca, menghayati serta hadir pada program baca puisi yang dijalankan. Salam.Lain-lain13.07.2008
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?)

Saudara Ho,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika
'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan  lumayan.'

Tatabahasa03.10.2012
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan.
 Kecemerlangan dalam mendidik anak-anakMohd. Fadzilah KamsahDewan Budaya01/08/1994
Lain-lain22.03.2008
Ingin mendapat kepastian sama ada ayat tersebut betul atau tidak terutamanya dari segi pola ayat, sila memberi penerangan : Pelawat di ladang teh boleh menikmati pemandangan yang indah. sekian. terima kasihAyat tersebut adalah betul. Dalam ayat tersebut, berlaku penekanan pada bahagian frasa sendi nama, iaitu di ladang teh.Tatabahasa18.10.2013
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, SelangorTerima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain10.07.2009
As Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian dan ketepatan bahasa yang bermaksud: "Liang Gurih" terima kasih.Tidak ada maklumat tentang frasa "liang Gurih" dalam pangkalan data kami. Gurih ialah yang bahasa Indonesia yang bermaksud sedap seperti sedap ketika menikmati makanan dan Nasi Gurih ialah nasi yang dimasak dengan santan dan kayu manis.Tatabahasa08.01.2013
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
macam mana hendak menjadi seorang yang mengetahui tentang sastera

Saudara disarankan membaca buku tentang sastera yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbitan lain. Saudara juga disarankan membaca makalah tentang sastera yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia setiap hari Ahad. Saudara boleh menjadi Rakan Dewan untuk membolehkan saudara menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti menggunakan pekhidmatan perpustakaan, membeli buku sastera dengan potongan harga, menghadiri seminar tentang kesusasteraan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain21.12.2007
12

Kembali ke atas