Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.mang] | منيمڠ

Definisi : 1. memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sambil melambung-lambungkannya sedikit: ibu itu ~ anaknya; 2. meletakkan sesuatu pd tapak tangan serta menggerak-gerakkan tangan ke atas ke bawah: ia menim­ang-nimang gelang emas itu utk mengagak beratnya; 3. menimbang-nimbang (memper­timbangkan), memikirkan baik-baik: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.mang] | منيمڠ

Definisi : 1 memegang anak dgn kedua-dua belah tangan sam­bil melambung-lambungkannya sedi­kit: Ibu itu ~ anaknya. 2 meletakkan sesuatu di tapak tangan dan me­lambung-lambungkannya sedikit: Ia ~-nimang barang itu utk mengagak berat­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menimang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menimbang bola atau menimang bola?Jawapan yang betul ialah  menimang bola.Tatabahasa17.08.2021
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu.Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang".Tatabahasa15.12.2016
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih

berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169)

Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati.

Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung.

Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas.

Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.



Makna04.02.2025

Kembali ke atas