Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
timba (kata nama)
Bersinonim dengan baldi, cebok, gayung, sibur, takir, limas, ember;,
Kata Terbitan : menimba,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Encik, adakah ayat-ayat di bawah betul atau sebaliknya. 1) Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu para pelajar sertai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2) Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3) Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan diadakan oleh kami pada minggu hadapan. 4) Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi akan kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5) Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak dari tadi. 6) i) Kerja-kerja memperlebar lebuh raya itu sedang dijalankan dengan giat. ii) Saya yakin akan keikhlasannya dalam menjalin persahabatan dengan saya. iii) Kereta perkarangan rumah banglo itu mewah-mewah belaka. 7) Sejak daripada tadi pemuda itu termenung di situ. 8) Ali terpinga-pinga bila ditegur oleh lelaki yang bukan dikenalinya. 9) Beberapa orang kanak-kanak merupakan penduduk yang tertinggi sekali di kampung kami.Ayat yang betul :1. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah perlu disertai oleh para pelajar untuk menimba pengetahuan dan pengalaman. 2. Para pelajar di sekolah itu sangat sayang akan Cikgu Hamzah yang baik hati, penyayang dan bertanggungjawab. 3. Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kediaman akan kami adakan pada minggu hadapan. 4. Puan Ani menasihati anak-anaknya agar mencontohi kejayaan anak-anak Puan Ainun dalam pelajaran. 5. Saya tidak tahu mengapa Adik Induk duduk di samping ibu sejak tadi. 6. Ayat ini betul. 7. Sejak tadi pemuda itu termenung di situ. 8. Ali terpinga-pinga apabila ditegur oleh lelaki yang tidak dikenalinya. 9.  Beberapa orang kanak-kanak merupakan jumlah penduduk yang tertinggi di kampung kami.Tatabahasa14.07.2008
Assalamualikum wbt. Saya ingin bertanya : 1. Apakah tujuan mempelajari bahasa? 2. Mempelajari bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang lebih penting? 3. Apakah rujukan kehormat bagi pensyarah(berkeluluasan Master) yang mengajar kelas bahasa Melayu saya? Sekian terima kasih. Wassalam.Tujuan mempelajari bahasa untuk membolehkan seseorang itu menimba ilmu pengetahuan dalam apa jua bidang, berkomunikasi  dalam masyarakat, dan berurusan dengan pihak lain. Semua bahasa adalah penting dan perlu dipelajari. Rujukan kehormat bagi pensyarah berkelulusan Sarjana (Master) ialah tuan atau encik.Lain-lain12.05.2008
1.apakah peranan bahasa-bahasa di malaysia setelah malaysia menjangkau usia kemerdekaan 50 tahun? 2.apakah kepentingan bahasa dalam mempelajari sesuatu ilmu?Peranan bahasa kebangsaan dalam menjangkau usia 50 tahun adalah sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang dan bahasa teknologi maklumat (TMK). Jawapan 2: Menerusi penguasaan bahasa yang baik dan tinggi, seseorang itu akan dapat menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Sekiranya penguasaan bahasa seseorang itu lemah, maka mereka akan menghadapi masalah atau kesukaran untuk memperoleh ilmu daripada pelbagai sumber.Lain-lain06.09.2007

Kembali ke atas