Saya ingin tahu yang mana satukah yang betul yang membawa maksud 'mati' - meninggal / meninggal dunia / atau meninggalkan dunia? Adakah meninggal dunia merupakan kata majmuk atau kata kerja transitif? | Penggunaan yang betul ialah meninggal dunia dan merupakan kata majmuk. | Tatabahasa | 10.03.2020 |
Ayat manakah yang betul penggunaannya? ...yang telah pergi meninggal dunia atau yang telah meninggal dunia? | Frasa yang betul ialah "yang telah meninggal dunia". | Tatabahasa | 21.02.2015 |
Bagi Nabi Idris, adakah kita menggunakan istilah "wafat" bagi menggantikan istilah "meninggal dunia"? | Kamus Pelajar mentakrifkan wafat sebagai meninggal dunia (digunakan untuk nabi atau rasul saja). Oleh itu, bagi Nabi Idris boleh menggunakan perkataan wafat bagi perkataan meninggal dunia. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
walau bagaimanapun, ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang akan meniaga | walau bagaimanapun, ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa yang akan meniaga | Tatabahasa | 10.12.2008 |
Mana yang betul? 1.Ali berasa _____ semenjak isterinya meninggal dunia. kesepian / sepi / kedua-dua boleh diterima 2.Para penonton terpesona _____ kehebatan Abu mendeklamasi sajak. oleh / dengan /kedua-dua boleh diterima | 1. Ali berasa sepi semenjak isterinya meninggal dunia. atau Ali kesepian semenjak isterinya meninggal dunia 2. Para penonton terpesona oleh/dengan kehebatan Abu mendeklamasi sajak. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Assalamualaikum.. saya kurang pasti dengan perkataan "Takziah" adakah perkataan tersebut hanya boleh diucap kpda keluarga yang kehilangan anggota seperti meninggal dunia?atau pon sebab2 lain selain meninggal dunia? Terima Kasih. | takziah, bermakna penyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa. Perkataan ini bukan sahaja digunakan untuk kematian, tetapi juga menyatakan kesedihan dan dukacita. Terima kasih. | Makna | 16.01.2007 |
Yang manakah antara ayat di bawah yang lebih tepat dari segi penggunaannya? Ayat 1: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada keesokan hari iaitu 29 Oktober 2010. Ayat 2: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada hari esok iaitu 29 Oktober 2010. Terima kasih. | Kedua-duanya tepat betul, penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
Adakah frasa meninggal dunia boleh digunakan untuk orang bukan Islam? | Boleh digunakan untuk lebih sopan. | Lain-lain | 19.08.2009 |
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu. | Penggunaan kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu. ii. Budak perempuan itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas; contoh mati lemas. Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan dalam talian di Laman Web DBP. | Tatabahasa | 05.02.2009 |