Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gi.kan] | منيڠݢيکن

Definisi : 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya. 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya soem salroh belajar bahasa melayu saya ingin bertanya tentang apakah makna meningkatkan?Meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebatMakna11.11.2015
Salam, apakah makna perkataan "ditingkatkan"?Ditingkatkan ialah bentuk pasif bagi kata kerja meningkatkan yang bermaksud meninggikan taraf, kedudukan dan sebagainya.Makna17.05.2013
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga?1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan.


2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi.


Manakala menaikkan pula bermaksud  menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; me­ninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Keja­yaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicam­purkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga.



Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga.
Tatabahasa13.02.2015
Betulkah perkataan ini... menaik taraf (tidak ditemui dalam kamus dewan) atau menaraf?Perkataan yang betul ialah menaik taraf - untuk maksud meningkatkan/meninggikan kedudukan (taraf, perkhidmatan dan lain-lain)Tatabahasa19.05.2008
1.Mengapakah kata 'Peningkatan harga' boleh digunakan, tetapi kata 'meningkatkan harga' tidak boleh digunakan dalam pembinaan ayat?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "meningkatkan" bermaksud
meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat (daya usaha).Manakala "peningkatan" bermaksud 'perbuatan meningkatkan". Oleh itu, ayat yang sesuai ialah "peningkatan harga", bukan "meningkatkan harga" (boleh diganti dengan "menaikkan harga").
Tatabahasa28.02.2015
adakah terdapat perbezaan antara mempertingkat dengan meningkatkan? apa pula perbezaan antara meningkatkan dengan mempertingkatkan?

Kata terbitan yang betul ialah mempertingkat dan meningkatkan, dan perbezaan antara keduanya ialah;

meningkatkan - meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri;

mempertingkat - menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

Tatabahasa17.04.2008
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat.

2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu.
3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak:
4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
Tatabahasa22.07.2018
Apakah perbezaan penggunaan kata angkat dan angkut dalam ayat bahasa Melayu baku dan padanan Inggeris - Melayu?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata angkat mempunyai 4 makna, dan makna pertama ialah meninggikan, menaikkan ke atas. Bagi kata angkut pula bermaksud mengangkat dan membawa.
Makna14.11.2018
level up comunication skill level up selain daripada menggunakan perkataan - meningkatkan / tahap lebih tinggi apakah ayat yang lebih sesuai untuk digunakan?

Perkataan lain yang dicadangkan  untuk padanan level up communication skill ialah

meninggikan lagi tahap/menaikkan tahap/menambah baik kemahiran berkomunikasi.
Istilah10.03.2017
kenapa dalam Kamus Dewan edisi 2007 dan 2005 tidak ada perkataan mempertingkatkan?hanya mempertingkat sahaja yang ada dalam kamus.hanya sesetengah kamus Dewan edisi 2005 sahaja yang ada perkataan mempertingkatkan.Bukankah perkataan mempertingkat sama dengan mempertinggi?jadi kenapa perlu ada kan untuk mempertingkat....sebab ia membawa maksud yang sama dengan mempertinggi iaitu memajukan. penguasaan bahasa bukan merupakan objek kan???

Mempertingkatkan untuk maksud meninggikan (kedudukan, taraf, kualiti dan sebagainya) memang tidak ada, kata terbitan yang betul untuk maksud tersebut ialah meningkatkan, manakala mempertingkatkan untuk maksud menjadikan bertingkat-tingkat boleh digunakan.

Lain-lain01.10.2010
12

Kembali ke atas