Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Silau I Silau IISilau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjauMakna18.03.2007
Pengwujudan program audit bahasa Melayu bertujuan memantau penggunaan bahasa kebangsaan di peringkat perkhidmatan awam. Program tersebut perlu dilakukan dengan melihat dua aspek utama, iaitu untuk meninjau dalam perkhidmatan awam tentang; (i) sejauh mana bahasa Melayu diguna pakai; dan (ii) kualiti penggunaan bahasa kebangsaan. Tinjauan terhadap kedua-dua aspek lebih bermakna jika cara pelaksanaan adalah berkesan dan terdapat impak yang berguna ke arah pembangunan bahasa Melayu. Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i. Tiga langkah pelaksanaan program berkenaan secara sistematik. ii. Tiga implikasi program tersebut terhadap usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam.

Untuk makluman puan, soalan yang dikemukakan ini memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Bagi membantu puan  menyelesaikan tugasan ini, sila rujuk makalah yang berkaitan program audit bahasa  yang dibincangkan di media massa.

Lain-lain28.03.2012
ap maksud turun padangBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud turun padang ialah  pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb.Istilah31.08.2009
saya berminat untuk terlibat dengan bidang penulisan dan sedang mencari satu medium untuk mempelajari dan mendalami bidang ini. adakah dewan bahasa dan pustaka ada menyediakan kursus penulisan untuk mereka yang baru berkecimpung dengan bidang penulisan?Untuk meninjau peluang kursus penulisan yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Pn Hajah Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran (e-mel: aisah@dbp .gov.my) atau layari laman rasmi DBP dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemakluman terkini.Lain-lain10.11.2011
Apakah perbezaan pelaksanaan dan perlaksanaan ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil drpd melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga;Istilah29.03.2013
Novel “Salina” (A. Samad Said, 2003) – cth. hlm. 46 dan 90 Buku Ilmiah “Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden” (Othman Puteh dan Ramli Isin, 2003) – cth. hlm. 122, 123, dan 37 Antologi Sastera “Riak Kabus Danau Maninjau” (Hamzah Hamdani dan Abdullah Hussain, 1999) – cth. hlm. 48 dan 75 Karya di atas dirujuk bagi meninjau penggunaan elipsis (. . .) dan juga elipsis bernoktah (. . . .). Dalam karya ini, kedua-duanya digunakan mengikut fungsi tertentu. Menurut “Gaya Dewan”, tidak dinyatakan yang elipsis perlu diakhiri noktah, malah elipsis pada hujung ayat tidak disusuli noktah [rujuk hlm. 72 perenggan kedua (iii) dan ketiga (b)]. Soalan saya: 1. Atas wajaran apakah elipsis bernoktah (. . . .) ini diadakan dan kelihatan (mungkin) tidak mematuhi “Gaya Dewan”? Saya percaya karya DBP yang diterbitkan sebelum “Gaya Dewan” telah menggunakan elipsis bernoktah tetapi tidak kedapatan penggunaannya dalam “Gaya Dewan”. 2. Apakah perbezaan dari segi konteks penggunaan antara elipsis (. . .) dengan tiga titik (...)? Berdasarkan soalan yang pernah diajukan di PRPM, jawapan Khidmat Nasihat DBP pada 1.12.11 (tiada penggunaan 4 titik) bercanggah daripada amalan dalam karya DBP [ada penggunaan 4 titik, (elipsis bernoktah)] dan dalam jawapan 15.6.10, elipsis bernoktah ditulis sebagai “... .” dan bukan “. . ..” atau “. . . .”. Keputusan carian ini berdasarkan carian “.... elipsis” yang ditaip dalam kotak carian. Terima kasih atas penyelidikan teliti dan jawapan diberikan.Kami memohon maaf kekeliruan yang timbul. Setelah merujuk pihak yang pakar, tanda elipsis yang digunakan di akhir ayat perlu tanda noktah. Tanda elipsis ditulis seperti berikut "... .", yakni ada jarak selepas tanda elipsis.

Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara atas kajian dan penyelidikan yang sangat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Tatabahasa19.06.2013
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera, Tidakkah pihak DBP ada merancang untuk mengulang cetak novel karya Ramlee Awang Murshid berjudul Igauan Maut? Pada pendapat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, sudah pasti akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan begitu ramai peminat karya-karya ciptaan Saudara Ramlee di luar sana. Sekiranya pihak DBP meninjau laman Facebook Kelab RAM (lebih 26,000 pengikut) atau ke laman web Kelab RAM, begitu ramai peminat setia yang tercari-cari novel ini bagi melengkapkan koleksi mereka. Ada yang sanggup meminjam sesama sendiri dan tawar-menawar bagi mendapatkannya. Pada hemat saya, sekiranya novel ini diulang cetak, bukan sahaja mampu memberi khabar gembira buat peminat-peminat Saudara Ramlee, malah pihak DBP juga boleh meraih keuntungan dengan edisi ulang cetak ini seperti mana karya-karya laris lain yang telah diulang cetak. Diharapkan agar cadangan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Untuk pengetahuan tuan, DBP akan  mencetak ulang buku ini. Kami berharap berita ini akan menggembirakan tuan dan semua peminat/pengikut penulis terkenal ini.Lain-lain28.06.2012
maksud fungsi dlm bahasa melayu

Saudara,

Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan.

Makna03.07.2010
Bilakah perkataan "pelaksanaan" dan "perlaksanaan" digunakan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil daripada melaksanakan (me­ngerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancang­an (tugas dan sebagainya): meninjau ~ Rancangan Ma­laysia Ketiga.Tatabahasa30.04.2013
12

Kembali ke atas