Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.ju] | منينجو

Definisi : memukul dgn tinju, menumbuk: setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.ju] | منينجو

Definisi : memukul dgn tinju; me­numbuk: Bapanya ~ penyamun itu hingga pengsan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinju
Kata Terbitan : peninju, bertinju, meninju, petinju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan?
Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.
Tatabahasa06.10.2016
peninju atau petinju? Konteks: sarikataBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninjuPetinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju.Makna31.10.2011
tuan, apakah perbezaan antara petinju dan peninju? tqBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju. Peninju ialah penumbuk atau orang yang meninju.Istilah28.07.2011
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak.
2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia.
Tatabahasa29.07.2012
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasihWaalaikumsalam,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang.

Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.

Makna12.03.2013

Kembali ke atas