Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.pis] | منيڤيس

Definisi : 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.pis] | منيڤيس

Definisi : menjadi nipis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.pis] | منيڤيس

Definisi : menjadi tipis; makin berkurang (ttg harapan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ni.pis] | منيڤيس

Definisi : menjadi nipis: Cermin itu semakin ~ di tengah-te­ngahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menipis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
When you're at high altitudes, the air is thinner so there's less oxygen. Terjemahan ayat tersebut ialah: Apabila kita berada di tempat yang tinggi, udara semakin "menipis" jadi oksigen semakin berkurang. Adakah perkataan "menipis" sesuai digunakan untuk ayat tersebut atau perkataan "berkurang" adalah lebih tepat?Menipis juga membawa maksud berkurang tetapi lazimnya digunakan dalam konteks benda yang boleh dilihat secara fizikal. Oleh itu, terjemahan yang lebih tepat ialah oksigen semakin berkurang.Lain-lain15.07.2019
When you're at high altitudes, the air is thinner so there's less oxygen. Terjemahan ayat tersebut ialah: Apabila kita berada di tempat yang tinggi, udara semakin "menipis" jadi oksigen semakin berkurang. Adakah perkataan "menipis" sesuai digunakan untuk ayat tersebut atau perkataan "rendah" adalah lebih tepat?Terjemahan yang lebih sesuai ialah "oksigen semakin berkurang".Penyemakan dan penterjemahan15.07.2019
Bagaimana mahu membezakan kata pembenda dengan kata penekan?

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya.  Contoh ayat: Datangnya secara mendadak.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa14.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa21.07.2018

Kembali ke atas