Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ? | 1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil. 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. 1"> | Tatabahasa | 21.07.2018 |
1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermatnya. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermatnya. 3. Minta gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 4. Sila gunakan piring-ring seramik ini dengan cermatnya. Adakah 4 ayat tersebut betul? minta pencerahan. terima kasih encik/puan. | Fungsi “nya” sebagai kata ganti nama diri ketiga. Selain itu, “nya” bertindak sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, contohnya, sesungguhnya dan nampaknya, seperti dalam ayat yang berikut: 1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. 2. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, contohnya, lajunya dan sakitnya, seperti dalam ayat yang berikut: 1. Lajunya ialah 100 km sejam. 2. Bukan kepalang sakitnya. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan bagi ayat yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Tolong gunakan alat muzik dengan cermat. 2. Sila gunakan alat muzik dengan cermat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 295 – 296.
| Tatabahasa | 21.07.2025 |