Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ru] | منيرو

Definisi : 1. mengikuti perbuatan (perkataan, gaya, cara, dll) orang dll, mencontoh, mene­ladan: kanak-kanak dgn senang dapat mem-bentuk sesuatu tabiat dgn jalan ~; ahli kelakar itu berkelakar dgn ~ cara bangsa lain bercakap; 2. membuat sesuatu yg bukan asli (tulen), memalsukan: orang Jepun dapat ~ berbagai-bagai jenis barang buatan Eropah; ~ tandatangan orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ru] | منيرو

Definisi : 1 mengikut perbuatan atau gaya orang lain; mencontoh: Kanak-kanak suka ~ gaya orang tua itu berjalan. 2 membuat sesuatu yg bukan asli atau yg tidak tulen: Budak penipu itu pandai ~ tandatangan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,

Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Sila pastikan fakta yang betul dan tepat.
Lain-lain27.01.2021
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya.

1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu.

2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif.

3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif

Lain-lain30.04.2009
1. Selepas "jangan" bolehkah gunakan kata berimbuhan men,mem ... 2.Jangan meniru jawpan orangJangan tiru jawapan orang. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 450, kata larangan seperti "jangan" diikuti dengan kata dasar kata kerja - Jangan ambil harta orang.Tatabahasa18.12.2024
maksud penuh 'plagiarism'Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna19.02.2009
salam, apakah maksud "paten" dalam bidang seni reka?Paten ialah hak cipta yang diberikan oleh kerajaan terhadap sesuatu ciptaan supaya orang lain tidak boleh meniru dan mengekspolitasi ciptaan itu.Makna31.07.2012
assalamualaikum w.bt. saya ingin membuat pertanyaan mengenai definisi penuh maksud 'plagiarism' bagi tujuan assignment. Terima kasih.Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme.Makna18.02.2009
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli.Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme yang dapat meracuni fikiran remaja.Mereka yang suka meniru pakai perbuatan pelakon dalam filem tersebut akan mencontohi perbuatan pelakon tersebut dan membuli pelajar lain.Mereka akan berasa bangga dengan “keberanian” mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.Di samping itu, pengaruh filem juga mendorong remaja terjebak dalam kes buli. Filem-filem yang mengandungi unsur gangsterisme boleh meracuni fikiran remaja. Mereka akan berasa bangga dengan “keberanian” mereka dan terlibat kegiatan negatif ini.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Salam, Boleh sekiranya untuk saya ketahui perbezaan maksud bagi perkataan di bawah: 1. Mencedok, menciplak dan memplagiat Terima kasih.Kata "ciplak" yang sama maksud dengan ‘jiplak’ bermaksud  meniru hasil pekerjaan orang lain; plagiat iaitu mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakan sebagai karyanya sendiri.Istilah11.10.2017
Apakah makna berkulik dalam pantun ini? Helang berkulik tengah hari Cenderawasih mengirai kepak Alang sakitnya berbapa tiri Awak menangis disangkanya gelakUntuk makluman, kulik-kulik merupakan sejenis burung. Berkulik dalam pantun tersebut bermaksud helang yang meniru bunyi burung kulik-kulik.Makna21.08.2020
saya berminat untuk menulis buku dan ingin memasarkan buku saya... adakah prosedur-prosedur tertentu?... adakah kursus khas untuk menengahkan hasil kerja saya?... ia menjadi kerisauan disebabkan jika saya memberikan hasil kerja saya menjadi tatapan pihak ketiga... saya risau pihak tersebut akan meniru hasil kerja saya... sekiranya boleh... saya ingin mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini... mohon bantuan dan nasihat pihak DBP...Dewan Bahasa dan Pustaka mengalu-alukan hasrat saudara untuk menghantar manuskrip. Saudara boleh menghantar manuskrip berserta surat iringan penyerahan manuskrip dan biodata tuan ke Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk makluman saudara, Bahagian Buku Umum juga menguruskan penerbitan buku ilmiah. Saudara boleh menghubungi bahagian tersebut seperti maklumat yang berikut: Ketua Bahagian Buku Umum, Aras 13, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip yang saudara hantar akan dinilai di peringkat bahagian terlebih dahulu untuk diteliti kesesuaian manuskrip dan jika perlu perbincangan akan diadakan dengan saudara sebagai penulis oleh editor berkenaan. Manuskrip tersebut seterusnya akan dinilai oleh penilai pakar sebelum dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Editorial dan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan.Lain-lain28.12.2015
123

Kembali ke atas