Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : berjalan di atas titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Meniti banir tumbuh,
     Mencabut selasih dulang;
Kami tiada berani sungguh,
     Malas merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Bermaksud :

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'marcapada' bermaksud dunia sekarang ini. (1) Ayat yang manakah menggunakan perkataan 'marcapada' dengan betul: (a) 'Dalam meniti kehidupan pada marcapada,.......', (b) 'Dalam meniti kehidupan dalam marcapada,.......' atau (b) 'Dalam meniti marcapada,.......'? (2) Adakah frasa 'marcapada ini' dianggap lewah kerana marcapada sudah menunjukkan 'dunia ini'?Penggunaan kata sendi nama sebelum marcapada boleh digunakan atau ditiadakan.Tatabahasa31.08.2020
Tuan, penggunaan imbuhan manakah di bawah adalah betul? 1) Dalam meniti arus kemodenan ini, ATAU 2) Dalam meniti arus pemodenan ini, Terima kasih.Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Makna14.01.2019
"Meniti harapan, menggapai asa" adakah betul bagi ayat tersebut dan membawa makna? apakah ayat yang lebih sinonim untuk digantikan dengan kata "asa" terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  maksud asa ialah
1. harapan
2.  sangka atau sengaja

Maka cadangan ayat yang lebih sesuai ialah "Meniti cabaran, menggapai harapan"
Makna23.10.2018
Masa yang dua puluh tahun dahulu saya ada di sini meniti dalam kanak-kanak. Ayat ini ada kesalahan atau semua betul?Contoh ayat dan soalan yang diberikan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang baik dan relevan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan.Lain-lain23.03.2022
Masa yang dua puluh tahun dahulu saya ada di sini meniti dalam kanak-kanak Ayat ini betul atau salah Jika salah, salah mana? Terima kasihContoh ayat dan soalan yang diberikan tidak difahami. Sila kemukakan soalan yang baik dan relevan untuk memudahkan pihak kami membantu tuan/puan.Lain-lain22.03.2022
Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke-21,dunia menyaksikan iktisad negara membangun bagaikan tenggelam cendawan tumbuh selepas hujan .Negara yang pesat membangun bagaikan tenggelam sama bangsa timbul sama hanyut seiring menjadi blok kapitalis yang lain.Meniti utaian isi,ebanyakan manusia memerlukan banyak maklumat untuk menyiapkan sesuatu perkara atau kerja rumah dalam kehidupan seharian.Jika dilihat dari perspektif lain, wahana Internet boleh membantu kita menyelesaikan masalah yang berkesan dalam lapisan masyarakat di Malaysia.Wahana Internet sewajarnya diamalkan dalam kehidupan seharian.Hal ini dikatakan demikian kerana wahana Internet ialah memberikan pelbagai maklumat yang sihat kepada kita . Saya nak tahu akan ayat semua ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasihKami tidak dapat memahami kandungan yang ingin disampaikan dalam perenggan. Oleh itu, pembetulan tatabahasa sukar untuk dibuat. Mohon puan membetulkan kandungan atau bahan penulisan terlebih dahulu supaya lebih jelas dan dapat difahami.Tatabahasa28.01.2021
Bolehkah saya mendapat rujukan tentang Latar Belakang Dr. Lim Swee Tin, serta karya sastera beliau? Harap dapat sokongan dari DBP. Sekian ribuan Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam buku :

- Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak terbitan Citra Kurnia Ent. tahun 2008

- Majalah Dewan Sastera Mac 2003

Lain-lain05.08.2010
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011

Kembali ke atas