Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik): air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.tis] | منيتيس

Definisi : jatuh setitik demi setitik; menitikkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menitis

Puisi
 

Kelip-kelip api di pantai,
     Anak Belanda memasang pelita;
Air mata menitis ke bantal,
     Baru kusedar hatiku cinta.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara menitik dan menitis?Menitik sama makna dengan menitis, iaitu jatuh setitik demi setitik.Makna24.11.2010
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010

Kembali ke atas