| menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |
| perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayu | Menurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 24.12.2015 |
| Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih. | Saudara, Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama. watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya. Sekian, terima kasih. | Sastera | 15.09.2011 |
| Saya ingin bertanya, bolehkah kita menggunakan perkataan kembang untuk roti yang dimasukkan ke dalam air atau hanya perlu menggunakan ayat : roti itu telah menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam air teh itu ? | Perkataan yang sesuai ialah lembut. Roti itu menjadi lembut apabila dimasukkan ke dalam air teh. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
| Apakah perbezaan cara menggunakan penjodoh bilangan kuntum dan tangkai. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kuntum merujuk kepada bunga yang hampir kembang penjodoh bilangan untuk bunga, berkuntum tumbuh (berada) dalam bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru menguntum menjadi kuntum atau sebagai kuntum (mula berkembang). Manakala tangkai membawa maksud bahagian tempat melekatnya buah, bunga.Batang pokok dan tumbuhan yang kecil-kecil. Bahagian daripada sesuatu untuk dipegang; gagang. Penjodoh bilangan untuk bunga, tempat memegang sesuatu alat misalnya cangkul, tombak. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Nahu Melayu Terakhir (hlmn.310)
| Istilah | 03.08.2012 |
| Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal. Manakala bagi soalan: 2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi. | Makna | 26.02.2009 |
| Salam sejahtera, Saya ingin menanyakan mengenai perihal dua istilah yang agak sama (kata akar yang sama) iaitu: perkembangan dan pengembangan. Kadang-kadang kita akan musykil yang manakah harus dipakai (kalau ada 'case study' atau rujukan, ianya senang) dan apakah beza kedua-dua perkataan tersebut jika digunakan dalam konteks? Dalam sudut lain, apakah beza berkembang dan mengembang? Adakah ia berkaitan dengan subjek tersebut adalah maya ataupun fizikal? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengembangan bermaksud perihal (perbuatan) mengembang atau mengembangkan. Mengembang bermaksud menjadikan kembang. Contoh: pengembangan ajaran agama Islam Bagi perkataan perkembangan pula bermaksud keadaan atau hal berkembang. Berkembang bermaksud 1. kembang (terbuka atau terbentang) 2. menjadi makin sempurna. Contoh : perkembangan agama Islam Penggunaan perkataan tersebut hendaklah mengikut konteks yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 10.05.2019 |
| Bagaimana saya ingin menyesuaikan perkataan KEMPAS dengan TAMAN KEMPAS JAYA? Apakah ikon yang sesuai untuk TAMAN KEMPAS tersebut yang sesuai dengan makna perkataan KEMPAS itu? Apakah 'Pokok Kempas' atau sebaliknya? | Perkataan kempas bermaksud i. sejenis tumbuhan(pokok) ii. - kempis turun naik(dadanya), mengah-mengah(nafasnya), kembang kempis. Ikon yang sesuai ialah pokok atau tumbuhan. Sila jelaskan soalan yang pertama. Walau bagaimanapun penamaan kawasan tersebut boleh menjadi taman Kempas Jaya, Taman Kempas Indah, Taman Kempas Murni dsb. bergantung pada konsep dan keadaan yang hendak ditampilkan. | Makna | 12.02.2009 |
| Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ? | kembungI- 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;
gembungI- = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 06.12.2009 |