1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih. | 1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini. 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini. | Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Adakah ayat ini mengikut tatabahasa Melayu dengan betul: "Ketidakbertanggungjawabanmulah penyebab ketidakberperikemanusiaanannya menjadi-jadi." | Tatabahasa yang digunakan dalam ayat tersebut adalah salah. | Tatabahasa | 12.03.2019 |
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan. | Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi')">menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, | Ejaan | 20.05.2010 |
Salam Satu Malaysia, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (soalan, perlu ada koma selepas sedikit? lama-lama jadi/ menjadi bukit atau kedua-dua diterima?) Terima kasih | Tanda baca yang betul ialah: Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Namun, dalam Kamus Istimewa Bahasa Melayu, peribahasa ini disebut sebagai: Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Ia membawa maksud yang sama dengan peribahasa yang pertama. Perkataan 'jadi' atau 'menjadi' kedua-duanya boleh diterima. Terima kasih. | Lain-lain | 31.10.2017 |
Salam sejahtera, Sebagai pencinta bahasa Melayu, saya mengambil berat tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan, terutamanya tanda koma ( , ). Yang betul yang mana? (a) Hal ini demikian kerana, ... atau Hal ini demikian kerana ... (b) ...bukan sahaja untuk para pelajar, bahkan untuk para guru atau ...bukan sahaja untuk para pelajar bahkan untuk para guru. Adakah tanda koma perlu dalam kedua-dua contoh ini? Dalam ayat (a), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan "Jenayah menjadi-jadi kerana ..."? Dalam ayat (b), jika tanda koma perlu, bagaimana dengan"baik untuk para pelajar mahupun untuk para guru"? Soalnya, adakah tanda koma perlu digunakan dalam kata hubung berpasangan? Adakah tanda koma perlu digunakan sesudah kata hubung pancangan keterangan musabab? Sekian. Salam hormat, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Untuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64. | Tatabahasa | 22.12.2016 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
‘Jadi’ golongan kata apa? Apabila ditambah imbuhan, ‘menjadi’ ialah kata kerja aktif tak transitif. Apakah perbezaan antara penggunaan perkataan ‘menjadi’ dengan ‘menjadikan’? | Jadi ialah golongan kata kerja. Perbezaan penggunaan perkataan “menjadi” dengan “menjadikan” ialah apabila kata tersebut menerima awalan meN- dan apitan meN-...-kan. “Menjadi” ialah kata kerja tak transitif seperti contoh ayat: “Tan Sri Dr. Salma Ismail merupakan wanita Melayu pertama yang menjadi doktor.“ “Menjadikan” ialah kata kerja transitif seperti contoh ayat: “Pergolakan yang berlaku itu menjadikan negara tersebut kucar-kacir.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 851. | Tatabahasa | 27.09.2024 |
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an | Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'. | Lain-lain | 09.01.2009 |
Salam sejahtera. 1) Dia tidak jadi marah. 2) Dia tidak menjadi marah. Kedua-dua ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah "Dia tidak jadi marah". | Tatabahasa | 26.11.2024 |