Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.di.kan] | منجاديکن

Definisi : 1 menggunakan sbg; membuat: Mereka telah ~ gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: Guru Besar telah ~ dia ketua murid. 3 menyebabkan; menimbulkan: Kematian anaknya yg sulung itu ~ dia selalu termenung. 4 mencipta; mewujudkan: Tuhanlah yg ~ kita semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
Menurut Kamus Dewan, maksud "menyeimbangkan'=menjadikan seimbang manakala maksud "mengimbangkan"=menjadikan supaya seimbang. Contoh ayat : Penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha menyeimbangkan /mengimbangkan kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat. Tidak nampak seperti ada apa-apa perbezaan maksud pun. Mohon jelaskan.Berdasarkan definisi tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.Tatabahasa14.08.2013
Salah satu rangkai kata yang agak pelik dari segi tatabahasa ialah "membersihkan sampah". Rangkai kata ini biasa digunakan, tetapi kalau lihat dari maksud yang diberikan oleh kamus, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih, dengan itu "membersihkan sampah" bermaksud "menjadikan sampah bersih". Kalaulah, rangkai kata ini dihukum sebagai salah, kecohlah seluruh masyarakat kerana sukar menerimanya. Dengan itu, bagaimana kita dapat menyampaikan maksud "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih"?membersihkan- merupakan kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek bagi menjelaskan maknanya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, membersihkan bermaksud menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak;.
Membersihkan sampah- menjadikan sesuatu menjadi bersih dengan cara menyapu atau membasuh sampah tersebut.
sampah- boleh merujuk kepada kotoran, najis dan lain-lain. Rangkai kata tersebut tidak salah kerana sampah itu boleh dibersihkan.

Contoh:
membersihkan najis, membersihkan kotoran- iaitu menjadikan sesuatu itu bersih dengan mencuci atau membasuh najis / kotoran tersebut.


1. Ali membersihkan sampah itu.
2. Sampah itu dibersihkan oleh Ali.

Berkenaan "membuang sampah di sesuatu kawasan supaya nampak bersih- boleh digunakan frasa ; membersihkan timbunan sampah/ rumah sampah. Ini menjelaskan perbuatan menjadikan sesuatu itu bersih dengan menyapu atau membasuh.
Tatabahasa08.09.2012
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolahmengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan.Tatabahasa19.03.2008
apakah cadangan yang baik untuk menjadikan bahasa melayu sebagai pengantar di IPTS? adakah dengan meminda akta IPTS 1996 fasal (1) dan fasal 41 boleh menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di IPTS?Untuk mengubah akta adalah di bawah kuasa Parlimen. Oleh sebab soalan sdr menjurus pada akta IPTS, kami mencadangkan sdr menghubungi  jabatan pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian 88835944 atau www.mohe.gov.myLain-lain03.03.2008
Berikan perbezaan antara memperisteri dengan memperisterikan

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh : Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang.

 

Tatabahasa13.05.2008
Tuan, Adakah perlu untuk menjadikan satu kata nama khas Inggeris sebagai contoh nama syarikat "Malaysian Food Industri Sdn. Bhd." dalam bentuk Italic dalam urusan surat menyurat Bahasa Melayu. Kebiasaannya saya hanya menjadikan italic bagi perkataan Inggeris yang tidak mempunyai maksud yang tepat dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Tidak perlu dicondongkan/diitalikkan nama khas tersebut. Huruf condong digunakan untuk menunjukkan ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Antara contoh penggunaan huruf condong termasuklah penulisan judul karya seni dan penerbitan, nama sains dan karya undang-undang.Tatabahasa28.07.2011
Saya mahu dapatkan contoh ayat yang menunjukkan perbezaan maksud bagi kata memperisteri / mempersuami dan memperisterikan/ mempersuamikan.tk

Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang isteri atau mengahwini. Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang beristeri. Contoh: Encik Hamid memperisteri seorang gadis kampung. Pak Tua memperisterikan Ali dengan gadis dari seberang. Begitu juga dengan maksud dan perbezaan kata mepersuami menjadikan suami dan mempersuamikan mengahwinkan (anak perempuan). Contohnya: Aminah mempersuami seorang hartawan dan sekarang Ayahanda hendak mempersuamikan anakanda dengan orang ini.

 

Tatabahasa26.02.2011
assalamualaikum tuan. mohon pencerahan: perkataan 'membaharukan' tiada dalam PRPM. adakah saya boleh guna ''membarukan"? (yang bermaksud menjadikan baharu) sekian terima kasih?Kata terbitan yang tepat ialah memperbaharu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu.Tatabahasa27.11.2013
BILA DAN BAGAIMANA PERKATAAN MANIFESTASI BOLEH DIGUNAKANMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperli­hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: Contoh ayat, hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; Watak yg manifestasi rasa kecewa. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.Lain-lain30.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas