Menjaga kesihatan dirinya dan keluarganya atau menjaga kesihatan diri dan keluarganya? | Frasa yang tepat ialah menjaga kesihatan diri dan keluarganya. | Tatabahasa | 21.08.2013 |
Ayat ' Ciri-ciri menjaga kebersihan' atau 'Cara- cara menjaga kebersihan'? Yang mana tepat? | Ayat yang betul ialah cara-cara menjaga kebersihan. | Tatabahasa | 26.07.2021 |
Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan. | Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. | Tatabahasa | 25.03.2019 |
Tugas polis ialah menjaga ketenteraman awam. Adakah frasa ialah + menjaga (ialah + kata kerja) gramatis? Soalan sebelumnya terpotong. | Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau fras kerja. Ayat tersebut perlu diubah menjadi "Polis bertugas menjaga ketenteraman awam". | Tatabahasa | 05.09.2011 |
Salam sejahtera, frasa yang mana satukah betul? Antara cara menjaga kesihatan ialah kita harus... Antara cara menjaga kesihatan termasuklah kita harus... | Frasa yang betul ialah “Antara cara menjaga kesihatan termasuklah kita harus ...”. | Tatabahasa | 21.05.2025 |
Adakah ayat ini betul? tajuk cara menjaga alam sekitar Antara cara menjaga alam sekitar ialah kita tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati.Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini dapat/boleh melindungi hutan. betul? | SOALAN: Adakah ayat ini betul? Tajuk cara menjaga alam sekitar. Antara cara menjaga alam sekitar ialah kita tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini dapat/boleh melindungi hutan. Betul? JAWAPAN: Ayat yang betul dan sesuai digunakan ialah “Antara cara menjaga alam sekitar termasuklah tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati. Hal ini demikian kerana tindakan tersebut tidak dapat melindungi hutan.” atau “Antara cara menjaga alam sekitar termasuklah tidak boleh menebang pokok dengan sesuka hati bagi melindungi hutan.” Untuk makluman tuan, kata “antara” tidak boleh berpasangan dengan kata “ialah” atau “adalah” dalam ayat songsang. Untuk maklumat lanjut berhubung dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284-285. | Tatabahasa | 19.07.2024 |
Encik Shamsudin merupakan seorang doktor. Beliau menjaga pesakitnya dengan baik. Adakah penggunaan nya boleh diterima dalam ayat ini? Atau kita kena tulis: Beliau menjaga pesakit beliau dengan baik.? Terima kasih. | Ayat Beliau menjaga pesakitnya dengan baik adalah betul. | Tatabahasa | 27.09.2021 |
Ayat berikut yang manakah betul? 1. Apakah yang SAYA TELAH lakukan untuk menjaga Bumi? atau 2. Apakah yang TELAH SAYA lakukan untuk menjaga Bumi? | Ayat yang bertul ialah Apakah yang telah saya lakukan untuk menjaga bumi? | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir. | 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepat | Tatabahasa | 25.07.2011 |
Yang manakah ayat yang betul bagi penggunaan ialah dan adalah. Cara- cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu. Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri adalah kita perlu bersenam setiap minggu. Sila memberikan penerangan. Terima kasih | Jawapan yang betul ialah "Cara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita perlu bersenam setiap minggu." | Lain-lain | 31.07.2023 |