Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan. | Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. | Tatabahasa | 25.03.2019 |
Apakah jawapan yang sesuai untuk soalanberikut ? 1. " Bagaimanakah ............ menjaga kebersihan pasar ini?" titah sultan kepada Pak Man. | Bagaimanakah kamu menjaga kebersihan pasar ini? | Tatabahasa | 17.03.2015 |
Salam Sejahtera ! Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya dengan menggosok gigi pada setiap hari. Soalan: Bolehkah perkataan "contohnya" digunakan pada mula ayat. | Perkataan contohnya boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Ayat "Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya, gosok gigi pada setiap hari” boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.03.2014 |
Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruh | Perkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
saya ada satu soalan lagi tentang ayat pasif dan ayat aktif juga iaitu,harap tuan/puan tolong semak.Terima kasih. soalan : ayat pasif: Kebersihan dijaga oleh pekerja kedai itu. jawapan : ayat aktif : Pekerja menjaga kebersihan kedai itu. | Ayat pasif yang betul jika merujuk ayat aktif ialah Kebersihan kedai itu dijaga oleh pekerja. Oleh itu ayat aktifnya ialah Pekerja menjaga kebersihan kedai itu. | Tatabahasa | 13.08.2009 |
Amir menjaga kebersihan tempat tinggalnya. AYAT PASIF YANG MANA LEBIH TEPAT? 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. 2. Kebersihan tempat tinggalnya dijaga oleh Amir. | 1. Kebersihan tempat tinggal Amir dijaga olehnya. - ayat pasif yang paling tepat | Tatabahasa | 25.07.2011 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul dalam tatabahasa dan strukturnya ? (1) Cikgu Ali sedang membaca suratkhabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali sedang duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca suratkhabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjogging di larian jogging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid yang tekun sedang mengulangkaji pelajaran mereka di perpustakaan. (7) Beberapa orang murid yang tekun sedang membuat ulangkaji di perpustakaan. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur. (10) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang diisi sayur. | Berikut ayat yang betul: 1) Cikgu Ali membaca surat khabar sambil duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan. (2) Cikgu Ali duduk di atas sofa yang disediakan di perpustakaan sambil membaca surat khabar. (3) Siti yang menjaga kesihatan diri sedang berjoging di larian joging di taman. (4) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman. (5) Aril yang menjaga kebersihan alam sekitar membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan di taman. (6) Beberapa orang murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun. (7) Beberapa orang murid sedang membuat ulang kaji di perpustakaan dengan tekun. (8) Nora sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyiapkan tugasannya. (9) Puan Sofia sedang memilih ikan sambil menjinjing sebuah bakul yang berisi sayur.
| Tatabahasa | 14.07.2014 |
Salam, setahu saya perkataan 'bersama' tidak boleh digunakan secara tunggal kerana membawa maksud hubungan suami isteri. Maka, perlu menambahkannya menjadi 'bersama-sama' atau 'bersama dengan'. Tapi, bagaimanakah pula jika ayat itu berakhir seperti berikut: Menjaga kebersihan alam menjadi tanggungjawab kita bersama. Bagaimanakah penyelesaiannya? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan, bersama membawa beberapa maksud antaranya termasuklah melakukan hubungan jenis. Walau bagaimanapun penggunaan bersama bagi maksud berserta dan semuanya sekali boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 26.01.2013 |
Manakah yang betul? 1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam ( menjaga, penjagaan) kebersihan sekolah. 2. Beberapa orang murid melukis mural ( di / pada ) dinding sekolah. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Murid-murid membantu pihak sekolah dalam menjaga kebersihan sekolah. 2. Beberapa orang murid melukis mural pada dinding sekolah. | Tatabahasa | 20.04.2016 |
Kita mestilah mencuci sayur-sayuran untuk menjaga kesihatan makanan. Soalan saya merupakan bolehkah kita menggunakan frasa kesihatan makanan? | Cadangan yang sesuai ialah Kita mestilah mencuci sayur-sayuran untuk menjaga kebersihan makanan. Dalam konteks ayat ini penggunaan frasa kesihatan makanan tidak sesuai digunakan. | Tatabahasa | 04.05.2018 |