Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1. berjanji akan menanggung kewajiban orang lain (spt membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi ke­wajibannya: tidak ada orang yg berani ~ hutangnya itu; dia dibebaskan setelah di­jamin oleh abangnya; 2. menanggung ke­selamatan (kebaikan, ketulenan, dll) sesuatu: ~ keselamatan jiwa dan harta benda rakyat; 3. menjanjikan: penjual itu ~ kepuasan kpd para pelanggannya; 4. bp menanggung keperluan sehari-hari (makan, minum, dll): siapakah yg akan ~ kehidupannya nanti kalau kedua-dua orang tuanya meninggal dunia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.min] | منجامين

Definisi : 1 berjanji akan menanggung kewajipan orang lain (membayar hutang dll) jika orang itu tidak memenuhi kewajipannya: Siapa yg ~ hutangmu? 2 menanggung (ttg keselamatan, kebaikan, ketulenan) sesuatu: Mereka meminta agar kerajaan ~ keselamatan jiwa dan harta benda mereka. 3 menanggung keperluan sehari-hari (makan minum dll): Jangan khuatir, aku sanggup ~ kamu sekalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan?"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul.Tatabahasa08.08.2011
berikan definisi lengkap insuransKamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal duniaMakna24.08.2007
Mohon penjelasan tentang soalan berikut dan pilihan jawapan yang diberikan: Kita haruslah patuh_____peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri. A. pada B. kepada C. dengan D. akanKita haruslah patuh kepada peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri.Tatabahasa13.05.2008
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya?Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang".Tatabahasa30.08.2013
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul?Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna.Tatabahasa27.07.2013
1.Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baru nanti. 2.Perhatian yang diberikan oleh semua anggota persatuan pada kegiatan gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan persatuan ini. Adakah ayat-ayat di atas gramatis?Berikut ayat yang telah diperbaik:

1. Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baharu nanti.
2. Perhatian yang diberikan oleh anggota persatuan dalam aktiviti gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan positif persatuan ini.
Tatabahasa03.07.2013
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya?Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Makna25.03.2010
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih TerjaminUntuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
Tatabahasa26.02.2013
Apakah kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran?Kepentingan mengeratkan hubungan sesama jiran dapat mewujudkan keadaan  bersatu padu, hormat menghormati, bantu membantu, kerjasama, menjamin keselamatan dan keharmonian. Sila rujuk  rencana-rencana tentang kejiranan.Lain-lain10.06.2008
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau tidak? Jika tidak, sila beri jawapan yang betul. 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. 2. Sokongan kepada kepimpinan ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit di sekolah. 4. Adalah diperhatikan iaitu di akhir-akhir ini, peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain-pemain bola sepak negara memberi kehormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapat lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisan yang dilukisnya kepada ayah.

Pembetulan telah dibuat bagi ayat-ayat yang berikut:

1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan ...... teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. - ayat tidak lengkap, mengumumkan apa? seperti pindaan atau kajian

2. Sokongan kepada ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan.

3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan menggunakan telefon bimbit di sekolah terhadap pelajar .

4. Akhir-akhir ini, diperhatikan bahawa peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat.

5. Pemain bola sepak negara memberi penghormatan kepada penonton di stadium itu.

6. Walaupun soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi Anita dapat menjawabnya.

7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu.

8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapatkan lesen berniaga di tapak pasar malam itu.

9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali.

10. Aida memperlihatkan lukisannya kepada ayah.

Pada masa akan datang, untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan penggunaan kata yang tepat dari segi makna dan pembentukan katanya serta mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat, sila rujuk Kamus Dewan, buku Daftar Kata Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa01.08.2011
12

Kembali ke atas