Ayat Saya mencadangkan kita supaya menjamu selera. Betul atau Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. Ayat yang mana satu betul? | Ayat yang lebih baik ialah : Saya mencadangkan supaya kita menjamu selera. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Yang manakah betul? berjamu selera atau menjamu selera? | Frasa yang betul ialah "menjamu selera". | Tatabahasa | 09.06.2015 |
Salam sejahtera. Yang manakah betu? a. menjamu selera b. berjamu selera c. kedua-dua di atas betul? Terima kasih. | Yang betul ialah menjamu selera. | Lain-lain | 08.09.2022 |
ayat perintah yang manakah yang tepat? 1. Sila jamu selera. atau 2. Sila menjamu selera. | Lazimnya frasa "sila menjamu selera" yang digunakan. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Tuan, Ayat "Para tetamu dijemput untuk menjamu selera." dikira ayat majmuk tak? | Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. | Tatabahasa | 16.06.2016 |
1. Siti meminta bantuan polis. Siti meminta bantuan daripada polis. Adakah kedua-kedua ayat ini betul? Bilakah "daripada" wajib digunakan dalam ayat? 2. Siti bersarapan dua biji telur rebus. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Puan Tan menjamu selera dengan nasi lemak. Puan Tan menjamu selera dengan para tetamu. Adakah kedua-dua ayat yang menggunakan kata sendi nama"dengan" ini betul? 4. Puan Roslina memandu kereta membawa anaknya keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 5. Puan Roslina memandu kereta keluar berjalan-jalan. Adakah ayat ini betul? Jika salah, bagaimanakah kita hendak betulkannya? 6. membuat bayaran/membuat pembayaran? 7. kerusi pantai/kerusi malas? 8. baby chair yang digunakan di dalam restoran disebut kerusi makan kanak-kanak? Ribuan terima kasih atas masa dan usaha tuan. | 1. Siti meminta bantuan daripada polis. Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan: i. Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak). ii. Maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda. iii. Perbezaan atau perbandingan. 2. Siti bersarapan dengan dua biji telur rebus. 3. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul. 4. Puan Roslina membawa anak-anaknya keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta. 5. Puan Roslina keluar berjalan-jalan dengan memandu kereta. 6. Membuat bayaran 7. Kerusi malas 8. Kerusi bayi | Tatabahasa | 01.09.2021 |
Selamat sejahtera Tuan/ Puan, 1) Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju / Selepas masa sejam, kami tiba di destinasi yang ditujui? Yang manakah merupakan ayat yang tepat? Adakah penggunaan frasa 'selepas satu jam' salah dari segi bahasa? Destinasi yang dituju / ditujui, yang manakah merupakan imbhan yang betul? 2) Saya bertukar / menukar pakaian untuk berenang di laut. Yang manakah merupakan pengimbuhan yang betul? 3) Adakah frasa 'menikmati pemandangan laut yang indah' salah dari segi bahasa? 4) Bolehkah penanda wacana seperti selepas itu, tidak lama kemudian digunakan dalam permulaan penulisan berformat catatan? Contohnya, 12:00 tengah hari Tidak lama kemudian, kami menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Terima kasih. | 1. Ayat yang tepat ialah, “Selepas satu jam, kami pun tiba di destinasi yang dituju”. Frasa “selepas satu jam” adalah betul dari segi tatabahasa. 2. Saya (bertukar/menukar) pakaian untuk berenang di laut. Kedua-duanya boleh digunakan. 3. Frasa “menikmati pemandangan laut yang indah” adalah betul. Tiada format khusus yang boleh dirujuk untuk penulisan catatan. Walau bagaimanapun, kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Frasa penanda wacana “selepas itu” adalah merupakan penghubung tempoh yang merupakan penanda yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Frasa “tidak lama kemudian” pula boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 16.04.2022 |