Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark sedang; semenjana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjana


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana منجان 
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021
Adakah betul ayat tema "Inovatif menjana transformasi" atau "Inovatif teras transformasi" dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi

Perkataan yang lebih sesuai untuk tema ialah "Inovasi menjana transformasi", Inovasi teras transformasi dan "Kualiti dan Teknologi Menjana Transformasi".
Tatabahasa16.05.2013
Hii nak tanya ayat ini betul ke tak ”Oleh itu, makanan seimbang dapat menjana kesihatan murid sekolah kerana badan sihat otak cerdas.” Adakah menjana kesihatan itu betul jika tidak menjana kene tukar kepada apa

Menjana bermaksud menghasilkan, mengeluarkan, menyebabkan dan menjadikan. Contoh ayat, “Tanggungjawab kita mengemukakan idea yang praktikal untuk menjana sistem ekonomi yang realistik.”

Meningkatkan bermaksud menjadikan bertambah banyak kuantiti atau kualiti. Contoh ayat, “Terdapat 20 tips untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.”

Ayat yang betul ialah “Oleh itu, makanan yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan murid sekolah kerana badan yang sihat menjamin otak yang cerdas.”

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 866 dan 2377.
Tatabahasa25.11.2025
Apakah frasa yang betul: 1. Menjana hasil tambahan; atau 2. Menjana tambahan hasil. Terima kasihFrasa yang betul ialah "Menjana hasil tambahan"Tatabahasa28.06.2022
maksud 1. menjana pembangunan 2. menegakkan keadilan1. menjana pembangunan = bermaksud menghasilkan atau mengadakan pembangunan.
2. menegakkan keadilan - mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh (keadilan).
Tatabahasa28.03.2015
Ayat yg betul.... Penggunaan "dalam kalangan" atau "terutama kepada" 1. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Atau 2. Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia.

Penggunaan ayat yang betul ialah “terutama kepada”.
“Karnival ini juga dapat menjana sosioekonomi terutama kepada masyarakat Malaysia.”

Tatabahasa13.11.2025
Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan.

1.     "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu.

 2.     "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 

3.     Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya.  Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih.    

 

Makna25.06.2008
1. Apakah penjodoh bilangan untuk borang penyertaan? (keping atau helai) 2. menjana tenaga elektrik atau menjanakan tenaga elektrik? mana yang betul. minta pencerahan, terima kasih encik/puan.Jawapan soalan 1: helai atau keping boleh diterima untuk dokumen bercetak, termasuk borang.


Jawapan soalan 2:

Frasa "menjana tenaga elektrik" adalah lebih gramatis. Bagaimanapun menjanakan tenaga elektrik tidak menjadi satu kesalahan.

Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang terakam pada halaman 866 daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

 

menjana منجان 

kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

 

menjanakan منجاناكن  kt [psf: dijanakan, janakan] menjana.
Tatabahasa27.07.2025
Salam, kami memerlukan khidmatnasihat bagi memilih tema konvo kolej ini. Berikut disertakan cadangan. yang manakah yang paling sesuai dan apakah susunan dan tatabahasa adalah betul. 1. Menjana Transformasi Graduan Berinovasi 2. Graduan Berinovasi Menjana Transformasi 3. Transformasi Ke Arah Graduan Berinovasi Terima kasih.
Tema yang paling sesuai digunakan ialah ' Graduan Berinovasi Menjana Transformasi'
Tatabahasa14.08.2012
Salam hormat, Soalan saya, Mana lebih tepat penggunaan perkataan "menjana idea' dalam penulisan karangan atau 'menjanakan idea' dalam penulisan karangan? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah "menjana idea".Tatabahasa20.01.2022
1234

Kembali ke atas