Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jang.ki.ti] | منجاڠکيتي

Definisi : menulari, merebak kpd: kami tidak mahu membiarkan kerja-kerja maksiat berlanjutan dan ~ orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jang.ki.ti] | منجاڠکيتي

Definisi : merebak kpd (bkn penyakit); menulari: Penyakit itu telah ~ seluruh anggota keluarga Pak Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jangkit
Kata Terbitan : berjangkit, menjangkiti, menjangkitkan, terjangkit, penjangkitan,

Peribahasa

319

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? “Anjing gila” dan “Gila Anjing”?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kedua-dua frasa tersebut diterima bagi merujuk penyakit rabies, iaitu penyakit berjangkit yang menjangkiti haiwan biasanya anjing. Walau bagaimanapun, kekerapan penggunaan frasa anjing gila lebih banyak daripada gila anjing.Makna19.05.2025

Kembali ke atas