Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.tu.hi] | منجاتوهي

Definisi : jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.tu.hi] | منجاتوهي

Definisi : menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjatuhi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah.
2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya.
3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta.
4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah.
Makna29.09.2014
Hakim menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung (betul atau salah)betulTatabahasa20.07.2011
Tuan, saya kurang faham perbezaan antara penggunaan dijatuhi dan dijatuhkan. Bukankah di..i perlu diikuti dengan objek hidup?Tuan perlu memahami konteks penggunaan menjatuhi dan menjatuhkan terlebih dahulu, barulah dapat memahami perbezaan konteks penggunaan dijatuhi dan dijatuhkan. Kata kerja aktif menjatuhi hendaklah diikuti dengan objek manusia, contoh Hakim menjatuhi pesalah hukuman penjara dua tahun; manakala kata kerja menjatuhkan diikuti dengan objek bukan manusia, contoh Hakim menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada pesalah. Dalam ayat pasif, konteks penggunaannya akan menjadi (dalam bentuk ayat) Pesalah dijatuhi oleh hakim hukuman penjara dua tahun dan Hukuman penjara dua tahun dijatuhkan kepada pesalah oleh hakim.Tatabahasa18.05.2020
1. Apakah perbezaan antara kompleks dengan komplek? 2. Sila jelaskan perbezaan menjatuhi dengan menjatuhkan Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kompleks, tidak ada perkataan komplek dalam bahasa Melayu. Perbezaan kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat dalam ayat contoh yang berikut: Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara selama enam tahun dan Hakim menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun ke atas pesalah itu.Tatabahasa03.07.2012
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah.Tatabahasa18.06.2012
saya ada satu kemuskilan: apakah perbezaan antara menjatuhi,menjatuhkan,dijatuhi dan dijatuhkan. Adakah ayat ini tepat:Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.atau Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak.Sekian

Saudara/ saudari,

'Apabila dia dijatuhkan hukuman penjara, kaum keluarganya menangis teresak-esak' adalah salah dan penggunaan yang betul ialah penggunaan perkataan dijatuhi. Apabila dia dijatuhi hukuman penjara,kaum keluarganya menangis teresak-esak. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 207.

Untuk pertanyaan perbezaan antara menjatuhi, menjatuhkan, dijatuhi dan dijatuhkan pula, saudara/saudari boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlmn. 613) bagi maklumat lanjut.

Tatabahasa05.08.2012
Soalan 1:tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.(adakah ayat ini betul) Soalan 2 : Hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu. (atau) Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu.(Ayat yang manakah betul) Terima kasih.

Saudara Sulioh,

1. Ayat ini yang merupakan ayat pasif betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 148-149.  2. Ayat yang betul ialah 'Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu' atau ' Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 191-207. 

Tatabahasa23.08.2009
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak.

Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu.

Tatabahasa03.03.2009
Selamat malam, saya ada beberapa soalan nak kemukakan. Soalan 1: Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Apakah jawaban yang sesuai digunakan dalam ayat tersebut? terkambus atau tertimbus? Soalan 2 Hasrat Ali untuk meneruskan pengajian ke luar negara tidak kesampaian kerana keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan. Adakah perkataan "memberangsangkan" sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Soalan 3: Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara" betul? Menurut Kamus Dewan, maksud "menjalani" ialah jatuh mengenai sesuatu. Jadi. adakah penggunaan frasa itu betul? Soalan 4 Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Jawaban "tataetika" atau "tataadab" lebih sesuai digunakan? Sekian, terima kasih.

1) Kedua-dua orang peluncur itu dikatakan hilang selepas_______ dalam runtuhan salji. Dalam Kamus Dewan, terkambus sama makna dengan tertimbus, kedua-duanya boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.

2) Memberangsangkan bermaksud;  1. membangkitkan keberanian, memberanikan; dan 2. membangkitkan kemarahan. Oleh itu, perkataan memerangsangkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.

3) Adakah frasa "menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara "betul? - menjatuhi dalam ayat ini boleh digunakan. Menjatuhi bermaksud  menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yang lain.

4) Semasa berada di tempat orang, jagalah ________ kamu. Kata tataetika dan tataadab boleh menjadi jawapan soalan tersebut kerana kedua-duanya bermaksud budi bahasa.

Tatabahasa19.11.2010
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah.

1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul

2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa24.06.2011

Kembali ke atas