| Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku" | Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
| Salam, antara frasa di bawah ini, yang manakah betul? A. Menjauhi diri daripada merokok B. Menjauhkan diri daripada merokok Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah Menjauhkan diri daripada merokok. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
| Apa terjemahan 'restraining order' yang membawa maksud perintah daripada mahkamah supaya seseorang menjauhi daripada seseorang yang lain? | Cadangan terjemahan restraining order ialah "perintah pembatas atau perintah perlindungan" | Makna | 06.08.2022 |
| Saya ingin pastikan bahawa kempen slogan yang betul di mana Bahasa Melayu adalah "TAHU KESELAMATAN, TIADA KEMALANGAN" dari alih bahasa perkataan Bahasa Inggerisnya KNOW SAFETY, NO ACCIDENT | Cadangan kami ialah KETAHUI KESELAMATAN, MENJAUHI KEMALANGAN | Lain-lain | 10.11.2011 |
| Saya mempunyai pertanyaan tentang kesesuaian untuk tagline company | Perkataan wara atau wara’ tiada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). Perkataan warak pula bermaksud taat kepada perintah Allah SWT, kuat beribadat dan menjauhi perkara yang dilarang Allah SWT dan segala perkara yang syubhah. Berhubung dengan slogan dalam bahasa Inggeris Green Wara’, Quality for All, tidak diperakui dan perlu diterjemah dalam bahasa Melayu mengikut konteks yang bersesuaian. Pihak DBP hanya menyemak slogan dalam bahasa Melayu. Mohon hantar semula slogan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian dengan konteks aktiviti badan/institusi tersebut untuk kami semak dan memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2509. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.12.2025 |