Kit haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tergadah. Apakah kesalahan istilah ‘menjauhkan diri’ dalam ayat ini jika saya nak tahu ‘menjauhkan diri’tukar kepada kesalahan istilah | Soalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut. | Lain-lain | 05.01.2021 |
Salam, antara frasa di bawah ini, yang manakah betul? A. Menjauhi diri daripada merokok B. Menjauhkan diri daripada merokok Sekian, terima kasih. | Frasa yang betul ialah Menjauhkan diri daripada merokok. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
Assalamualaikum...saya nak tahu apa bezanya perkataan MENGELAK dan MENGGELAK? tolong sertakan sekali contoh ayat | Mengelak bermakna menjauhkan diri daripada kena pukulan; hindar, menyisi; ataupun menjauhkan diri daripada melakukan sesuatu. Contoh ayat : Setelah puas ia 'mengelak', tibalah gilirannya pula untuk menyerang lawannya. Ejaan kata 'menggelak' dalam konteks ini adalah salah. | Makna | 25.02.2008 |
Adakah penggunaan kata sendi 'dari' dalam ayat ini betul? Kita perlulah menjauhkan diri dari najis dadah supaya hidup sejahtera. | Ayat yang betul ialah Kita perlulah menjauhkan diri daripada najis dadah supaya hidup sejahtera. | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menyingkirkan , kamus PRPM, menyingkirkan bermaksud menjauhkan (menghindarkan) dari sesuatu. Contoh: "~ diri dari keindahan dan kelazatan hidup di kota". Mengapakah kata sendi nama "dari" digunakan dalam frasa "menyingkirkan diri dari" sedangkan rujukan dibuat tentang objek yang mujarad iaitu "keindahan" dan "kelazatan hidup", bukannya tempat? Adakah "daripada" lebih sesuai digunakan khususnya "menyingkirkan diri daripada"? Terima kasih! | Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi nama “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Berdasarkan kegunaan kedua-dua kata sendi nama tersebut, frasa yang betul ialah “menyingkirkan diri daripada”. | Tatabahasa | 24.01.2022 |
Apakah perbezaan maksud antara 'menghindari' dengan 'menghindarkan'? Adakah ayat ini betul jika digunakan~Saya dapat menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya. | Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah. Ayat yang betul ialah saya menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya | Tatabahasa | 07.01.2020 |
Assalamualaikum.Apakah perbezaan makna antara perkataan "mengelak" dengan "mengelakkan"? Ayat yang manakah betul: Ayat 1: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelakkan" penyakit berjangkit terus menular? Ayat 2: Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi "mengelak" penyakit berjangkit terus menular? Mohon pencerahan. | Mengelak dan mengelakkan membawa maksud yang sama iaitu menjauhkan atau menghindarkan diri daripada kena bahaya (tanggungjawab dan lain-lain), menjauhkan atau menyingkirkan sesuatu supaya jangan mengenai diri dan lain-lain. Namun begitu, mengelak ialah kata kerja tak transitif, manakala mengelakkan pula ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Langkah-langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan penyakit berjangkit terus menular." Perkataan yang menerima imbuhan meN-...-kan merupakan ayat kerja aktif transitif yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. | Tatabahasa | 18.02.2021 |
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya. | Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi. Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. | Tatabahasa | 15.08.2023 |
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul. | Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
penggunaaan ke, daripada,kepada, di dalam ayat | Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. Contoh, Mereka akan ke Kuantan esok. Kata sendi nama 'daripada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama 1. yang menyatakan punca bagi manusia, benda dan unsur mujarad, contoh, Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah; 2. yang merujuk sumber atau kejadian sesuatu benda atau asal kejadian, contoh, Ukiran itu diperbuat daripada logam; 3. yang merujuk perbezaan atau perbandingan, contoh, Edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama. Kata sendi nama 'kepada' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan perubahan keadaan. Contoh, Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. | Tatabahasa | 20.04.2007 |