Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjawikan

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris satu jenama 1.MIKIAREA (1perkataan) 2.MIKI AREA (2 perkataan)Kami mencadangkan ejaan Jawi seperti yang berikut:

ميکي ايريا

Ejaan Jawi ini juga dicadangkan untuk dikekalkan dua perkataan walaupun ejaan Rumi satu perkataan.
Ejaan14.04.2024
1. Bagaimana hendak menjawikan perkataan bahasa inggeris seperti : "THE" , "Enterprise", "DRAGON" dll. 2. Di manakah saya boleh mendapatkan rujukan bagi istilah bahasa inggeris yang dijawikan mengikut standard DBP. Mohon bantuan dari pihak DBP. Terima kasihEjaan jawi bagi 'the' ialah ذى. Ejaan jawi bagi 'enterprise' ialah اينترڤراءيس manakala ejaan jawi bagi 'dragon' ialah دراڬن

Setakat ini tiada rujukan yang khusus bagi istilah dan ejaan bahasa Inggeris yang dijawikan. Walau bagaimanapun, sebarang pertanyaan mengenai ejaan tersebut boleh diajukan melalui sistem Khidmat Nasihat Bahasa DBP ini.



Ejaan12.05.2020
Salam tuan, saya ingin menulis jawi. Dan saya pernah pelajari kaedah menjawikan tulisan rumi. Tapi kadangkala, saya jadi was-was. Ke pihak mana boleh saya rujuk, jika saya ingin menyemak sama ada kaedah pen-jawi-an saya benar atau tidak? Terima kasihWaalaikumussalam.
Puan boleh mendapatkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dijadikan rujukan.
Ejaan07.01.2017
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024

Kembali ke atas