Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ja/] | منججق

Definisi : 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.ja/] | منججق

Definisi : 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nikmati ciri-ciri yang belum pernah anda alami yang membolehkan anda untuk mengurus dan menjejaki akaun bil anda dengan lebih baik. Soalan saya: menjejak atau menjejaki? Terima kasih.Berdasarkan contoh ayat yang diberi, perkataan yang betul ialah menjejaki.Tatabahasa06.09.2023
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih.Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat  dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis.Lain-lain10.11.2011
Apakah maksud “mengerinjing” dalam ayat ini? “Ia pun memencak silat langkah gelombang dua belas, mengerinjing sahaja kakinya ke sana ke mari.” Terima kasih.Tiada kata terbitan "mengerinjing" seperti dalam ayat tersebut dalam pangkalan data perkamusan.

Yang ada ialah kata "kerinjing" yang bermaksud:

pokok sederhana hingga sangat tinggi, berbunga dan berbuah kecil berjambak, dan kayunya boleh dibuat bahan bangunan, bahan api dan sebagainya; jitang; Bischofia javanica.

atau 

kata "mengerinjang" (kata akarnya kerinjang) yang bermaksud:

melangkah-langkahkan atau menjejak-jejakkan kaki ke tanah dan sebagainya, misalnya ketika berpencak silat.

Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk mendapatkan maklumat berkaitan kata bahasa Melayu yang terkini. 

Makna24.08.2024
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013

Kembali ke atas