Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ja/.kan] | منججقکن

Definisi : menginjakkan (kaki); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.ja/.kan] | منججقکن

Definisi : menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjejakkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014

Kembali ke atas