Saya membantu menyiapkan kerja itu sebelum mlm menjelang. Bagaimanakah hendak saya pasifkan ayat tersebut? | Sebelum malam menjelang, saya membantu menyiapkan kerja itu. | Tatabahasa | 01.01.2015 |
Saya membantu menyelesaikan kerja itu sebelum malam menjelang. Bagaimanakah hendak pasifkan ayat tersebut? Jawapan yg diberi ialah ayat songsang dan bukan ayat pasif. Sekian harap maklum dan tidak berlaku kesilapan lg. Terima kasih atas keprihatinan. | Pada pandangan kami, ayat ini perlu dipinda menjadi Saya menyelesaikan kerja itu sebelum malam menjelang, dan bentuk pasif Kerja itu saya selesaikan sebelum malam menjelang. | Tatabahasa | 08.01.2015 |
A. Syila akan lari ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana larinya wang yang disimpannya. Penggunaan perkataan " lari " dalam kedua-dua ayat di atas ,manakah yang betul ? | Peter penggunaan lari dalam kedua-dua ayat ini salah. Sepatutnya ia ditulis A. Syila akan balik ke kampungnya apabila hari raya menjelang. B. Dia tidak tahu ke mana hilangnya wang yang disimpannya | Tatabahasa | 24.02.2010 |
eve public holiday | menjelang cuti am | Lain-lain | 21.05.2007 |
Penggunaan di bawah adakah betul? "Saya dapat merasai beban yang ditimpa menjelang musim peperiksaan." Adakah kata kerja "merasai" digunakan dengan betul? | Penggunaan perkataan merasai dalam konteks ayat tersebut kerana merasai membawa banyak maksud, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=merasai. Walau bagaimanapun keseluruhan ayat tersebut tidak gramatis. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Mana jawapannya? Perasaan Mak Cik Aini........apabila mengenangkan.........anaknya berada di perantauan menjelang pagi hari raya. A. pilu....kekandasan B.sedih...kegagalan C.sakit...kelemahan D.sedih...kemanjaan | Tidak ada jawapan yang sesuai. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Salam 1 Malaysia, Saya mahu bertanya berkenaan dengan maksud perkataan koreksional di dalam ayat " Menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia menjelang 2020 ". | Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan. | Makna | 15.04.2010 |
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. | Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030". | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Perkataan manakah yang sesuai digunakan dalam konteks ayat dibawah. Terima kasih. a) mensasarkan atau menyasarkan Pelan Induk PKS 2012 – 2020 mensasarkan/menyasarkan peningkatan sumbangan PKS sebanyak 62% kepada pekerjaan, 25% kepada eksport dan 41% kepada KDNK menjelang tahun 2020. b)bolehkan menggunakan perkataan sebahagian dalam ayat dibawah? Adakah sebahagian hanya merujuk kepada bahagian-bahagian pada tubuh manusia sahaja? Kebanyakan usahawan bermula dengan perusahaan mikro (mempunyai kurang daripada lima pekerja) sebelum berkembang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan sebahagian PKS berjaya menjadi syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia. | 1. Menyasarkan. 2. Perkataan "sebahagian" boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 17.09.2014 |
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah bahan "graphene" yang digunakan dalam industri semi konduktor? | Tidak ada padanan graphene dalam sumber rujukan kami. Namun begitu, media telah menggunakan perkataan grafin, lihat menjelang-2020">https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/10/491933/produk-grafin-berpotensi-sumbang-rm20-bilion-menjelang-2020 untuk maklumat lanjut. Berdasarkan penyesuaian ejaan terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, ejaan grafin adalah betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.12.2019 |