menjelaskan dasar-dasar atau peraturan yang digunkan dalam penyesuaian ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bhasa Eropah yang lain dalam bhasa Melayu | Terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Soalan Sdr. akan saya jawab secepat mungkin selepasa saya mendapatkan buku rujukan yang berkaitan dengan pertanyaan Sdr. Terima kasih peminjaman unsur bahasa oleh sesuatu komuniti bahasa daripada bahasa-bahasa lain merupakan satu lumrah. Pinjaman boleh sahaja berlaku apabila berlakunya pertembunagnantara budaya. Walau bagaimana sekali pun berlakunya proses peminjaman atau serapan bahasa-bahas lain ke dalam bahasa kita, bahasa Melayu, terdapat beberapa cara dilakukan dalam proses peminjaman tersebut. Antara caranya ialah mengambil terus kata daripada bahasa asalnya daripada segi ejaan dan sebutan. Kedua meminjam bahasa tersebut tetapi disesuaikan mengikut sebutan dalam bahasa Melayu dan mengambil ejaan daripada bahasa asalnya lalu disesuaikan dengan cara penutur asalnya menyebutnya. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
betulkah penggunaan "menjelaskan bahawa perkara itu" atau sekadar "menjelaskan perkara itu" dan mengapa salah satu contoh di atas adalah betul. terima kasih | Penggunaan. ... menjelaskan bahawa ... adalah gramatis kerana "bahawa" boleh hadir dalam klausa komplemen. | Tatabahasa | 20.10.2013 |
Yang mana paling tepat: a) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga.". b) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga". c) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Ejaan | 15.02.2012 |
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betul | Kata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Minta menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan di bawa ini. Jawapan ribuan atau beribu-ribu betul jawapannya? Stadium itu dibanjiri oleh _________ penonton untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak. A. ribuan B. beribu C. beribu-ribu D. beribu-beribu Sekian, terima kasih. Vijay | Saudara, Kedua-dua perkataan ribuan dan beribu-ribu boleh digunakan. | Tatabahasa | 26.02.2010 |
Bagaimana menjelaskan penggunaan "pembelajaran " dan "pemelajaran". Dalam situasi mana penggunaan perkatan tersebut boleh digunakan dengan tepat. Terima kasih. | pembelajaran proses (kegiatan) belajar; manakala pemelajaran pula ialah proses mempelajari: taraf penguasaan bahasa Inggeris begitu tinggi tetapi ~nya terhad kpd mereka yg menghadiri sekolah aliran Inggeris | Tatabahasa | 17.10.2007 |
bolehkah puan menjelaskan perbezaan makna antara perkataan " hingar-bingar" dengan " riuh-rendah"? terima kasih. | Salam sejatera, Menurut Kamus Dewan hingar-bingar sama maksudnya dengan riuh-rendah dan hiruk-pikuk. Contoh penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam ayat adalah seperti 'Suasana di pasar malam ini (hingar-bingar / riuh-rendah).' | Tatabahasa | 02.12.2012 |
Semasa ingin menjelaskan faktor-faktor berlakunya masalah sosial, salah satu faktor yang saya berikan ialah kekurangan didikan agama dalam kalangan remaja. Bagaimanakah saya kembangkan isi tersebut? Kelemahan saya semasa menulis karangan ialah huraian dan contoh. Tajuk ini (masalah sosial) memang popular, tetapi biasanya soalan itu keluar tentang langkah-langkah mengatasi dan bukannya faktor. Bolehkan DBP bantu saya? | Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan penulisan esei dan peperiksaan sila berbincang dengan guru dan rujuk buku rujukan mata pelajaran tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tentang maksud amalan biasa pengisian jawatan atau bolehkah diguna perkataan keperjawatanan bagi menjelaskan maksud tersebut | Perkataan pengambilan atau perjawatan boleh digunakan bagi maksud pengisian jawatan. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah.adakah ayat tersebut betul atau salah Sebelum berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutang-hutangnya. | Ayat yang gramatis ialah Sebelum Berpindah, Cassandra telah menjelaskan semua hutangnya. | Tatabahasa | 03.11.2011 |