Yati menjemput rakan-rakannya menghadiri majlis hari jadinya pada minggu hadapan. (tuan, mengapa ikut buku rujukan, menjemput adalah salah ?) | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud menjemput ialah mengajak atau menyilakan datang; mengundang. Oleh itu, menjemput boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. | Makna | 03.08.2011 |
Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
Sekiranya kami menjemput seorang sahaja tamu (VVIP) untuk menjadi orang yang berucap dalam satu Program Bual Bicara, apakah kata nama yang sesuai untuk beliau? adakah kata nama Pembual Bicara itu tidak sesuai? atau Panel? atau Tamu Bual Bicara? Pengucap Utama ? Terima kasih | Tetamu dalam program bual bicara masih digelar tetamu dan jika seorang VVIP yang diundang lazimnya yang diuar-uarkan sebagai tetamu istimewa. | Istilah | 12.04.2013 |
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan. | Makna | 24.04.2008 |
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. | Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya. | Ciri-ciri sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005). | Lain-lain | 12.04.2010 |
adakah ayat ini betul, Pihak kami ingin menjemput tuan menjadi Pegawai Pelepas pada hari kejohanan berlangsung. Apakah alternatif perkataan lain menggantikan perkataan menjadi? adakah selaku diterima? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "selaku" ialah (bertindak dan lain-lain) seperti, dalam kedudukan, sebagai. Dalam Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, "menjadi" mempunyai maksud yang sama dengan menjawat jawatan; memegang jawatan, menyandang jawatan, bekerja sebagai, bertindak sebagai. Oleh itu, perkataan "selaku" dan "sebagai" boleh diterima untuk menggantikan perkataan "menjadi". | Makna | 16.04.2012 |
Tuan, adakah kata 'undang' membawa maksud jemput? | Merujuk Kamus Dewan "undang" juga bermaksud menjemput. | Makna | 17.05.2012 |
Boleh takberikan saya senarai penanda wacana yang ditulis mengikut hukum penggunaannya? Jika saya berhasrat untuk menjemput pegawai DBP Kuching untuk memberi kursus tatabahasa di Bintulu, macam mana caranya? | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. Untuk tujuan tersebut sila hubungi DBP Cawangan Sarawak di talian 082-444711/444712. | Tatabahasa | 31.01.2010 |
mana yang lebih tepat penggunaannya cenderamata atau cenderhati bila dicetak dalam atur cara majlis atau semasa juruacara menjemput penerima | Cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |