Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1 menangkap dgn jerat; memasang jerat: Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2 ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjerat

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih

1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan.

2. Karim sedang membaiki basikal.

3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas.

Tatabahasa03.05.2011

Kembali ke atas