Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | 1. Dia menjerit meminta tolong. 2. Dia menjerit meminta pertolongan. Kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Bagaimana cara menggunakan pembuka kata dialog yang tepat?Saya masih keliru dengan penggunaan koma di dalam pembuka kata. Contohnya, Apakah betul ayat ini, "Aduh! Sakitnya!", saya menjerit. "Aduh! Sakitnya!" Saya menjerit. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | Patutnya ditulis begini; "Aduh, sakitnya!" Saya menjerit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan dua perkataan, iaitu "memekik" dan "menjerit". 1) Adakah kedua-dua perkataan ini boleh menerima gandaan, iaitu "memekik-mekik" dan "menjerit-jerit"? Biasanya, dalam Kamus Dewan, jika sesuatu perkataan itu dapat menerima gandaan akan dinyatakan tapi sebaliknya bagi kedua-dua perkataan ini. Terima kasih. Salmah Ibrahim. | Perkataan memekik-mekik dan menjerit-jerit boleh digunakan, sama seperti perkataan terpekik-pekik dan terjerit-jerit. Lihat juga perkataan ciar, sama maknanya dengan memekik-mekik. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Salam sejahtera, Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan.( belakang disengat perlu tambah `oleh`?) | Aimi menjerit kesakitan kerana tangannya disengat lipan. Ayat ini betul. Kata sendi nama oleh boleh digugurkan sekiranya kata kerja (disengat) diikuti pelaku (lipan) tanpa diselangi kata lain. | Tatabahasa | 20.07.2020 |
Ceraikan ayat majmuk kepada ayat tunggal. Azmi menjerit kesakitan apabila kulupnya dipotong. | Untuk kesekian kalinya jika betul-betul berminat untuk mengetahui tentang berkhatan, rujuk artikel tentang berkhatan, seperti capaian, http://www.hmetro.com.my/node/15981. Untuk pertanyaan bahasa, kemukakan pertanyaan dengan sopan dan jelas. | Lain-lain | 06.11.2015 |
Keadaan ditempat kemalangan itu bas itu menjadi ____ dengan suara penumpang menjerit meminta tolong. a) huru-hara b)kelam-kabut | Jawapan yang tepat ialah hiruk-pikuk. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hiruk+pikuk untuk makna. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Peserta seni mempertahankan diri itu _____ lawannya sebelum melepaskan tendangan yang bertubi-tubi. A. mengacu-acu B. menjerit-jerit C. melibas-libas D. mengacah-acah Apakah jawapan yang tepat bagi soalan ini? | Jawapan yang betul ialah mengacah-acah. | Tatabahasa | 28.08.2024 |
Merujuk kepada soalan pada 25/07/2014, mengapakah ayat berikut salah ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga. | Ayat ‘Lim menjert kerana tergigit kerengga’ dibetulkan menjadi ayat yang gramatis ialah ‘Lim menjerit kerana digigit oleh kerengga’. Ayat yang gramatis bukan sahaja dari aspek tatabahasa tetapi meliputi aspek makna. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati. | Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali". | Tatabahasa | 29.08.2014 |
1) Adakah perkataan rapat BOLEH digunakan dalam ayat di bawah? Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. 2) Adakah selepas perkataan oleh di bawah boleh disertakan kata ganti nama diri kami? - Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. 3) Adakah penggunaan perkataan berulang-ulang kali betul dalam konteks ayat di bawah? Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. 4) Adakah kata ganda sampah-sampah boleh digunakan dalam ayat di bawah? - Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. | 1. Adik memeluk ibu dengan rapat apabila mendengar bunyi guruh. Adik memeluk ibu dengan erat apabila mendengar bunyi guruh. 2. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu dimakan oleh kami. Kuih-muih yang terhidang di atas meja itu kami makan. 3. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan berulang-ulang kali. Peserta yang berjaya itu menjerit-jerit kegembiraan. 4. Sampah-sampah berserakan di tepi bangunan itu. Sampah sarap berserakan di tepi bangunan itu. | Tatabahasa | 30.07.2013 |