1. Cara berjimat cermat ialah atau adalah menjimatkan penggunaan air? | Frasa yang diberikan tidak betul. Frasa yang betul ialah "Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air adalah seperti menutup pili air apabila mengosok gigi". | Lain-lain | 13.10.2016 |
1. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik? 2. Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana dapat saya jimatkan tenaga elektrik? Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Saya ghairah bermain permainan komputer, bagaimana saya dapat menjimatkan tenaga elektrik?".
| Tatabahasa | 22.05.2013 |
Adakah frasa "tahu tidak" itu frasa yang gramatis? Contohnya, "Anda tahu tidak bahawa kerajaan telah menjimatkan perbelanjaan yang besar tahun ini?" | Frasa yang betul untuk "tahu tidak" ialah "Adakah anda tahu". Contoh ayat yang betul ialah "Adakah anda tahu bahawa kerajaan telah menjimatkan perbelanjaan yang besar pada tahun ini?" | Tatabahasa | 26.09.2025 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah kita menggunakan perkataan 'di-...-kan' 'men-...-kan' seperti dalam ayat yang berikut? Mengapa? Apakah ayat yang gramatis? 1) Mereka digalakkan menjimatkan air Sekian, terima kasih CK | Apitan di-...-kan ialah bentuk pasif meN-...-kan. Walau bagaimanpun penggunaan apitan tersebut secara berturutan boleh berlaku seperti ... digalakkan menjimatkan air dan ... digalakkan menggunakan kertas. | Tatabahasa | 10.02.2012 |
1) Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam. 2) Alat penghawa dingin yang dibeli oleh ayah bukan saja murah malah dapat menjimatkan elektrik dan berkonsep mesra alam. 3) Puan Rosli menggunakan pencuci serbuk berjenama untuk mencuci pakaian. Adakah ketiga-tiga ayat betul? Jika tidak betul, boleh tuan/puan mengenal pasti kesalahan tersebut. | Ayat berikut telah dibuat penambahbaikan dari sudut tatabahasa: i) “Alat penyaman udara yang dibeli oleh ayah bukan sahaja murah, malah dapat menjimatkan elektrik dan bersifat mesra alam.” ii) “Puan Rosli menggunakan serbuk pencuci berjenama untuk mencuci pakaian.” Ayat “Tingkap cermin di rumahnya pecah akibat tiupan angin yang kencang semalam.” betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 431 sehingga 575.
| Tatabahasa | 21.04.2024 |
1)Manakah ayat yang betul ? a) Kita perlu berjimat air. b) Kita perlu menjimatkan air. c) Kita perlu berjimat menggunakan air. 2) Adakah ayat ini dianggap betul ? a) Langit berwarna merah. b) Langit berwarna putih. b) Langit sangat tinggi. Terima kasih | 1. Yang Betul = Kita perlu berjimat menggunakan air. 2. Ketiga-tiga ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 19.10.2012 |
1. Bagaimanakah penggunaan kata 'ia' dengan betul? Ayat : Komputer merupakan satu yang penting dalam era glbalisasi kini. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa malah memudahkan kerja penyimpanan data. Adakah penggunaan 'ia' dalam konteks ayat di atas betul? Adakah 'ia' cuma digunakan untuk manusia sahaja? | Ayat tersebut betul. Ia ialah kata ganti nama ketiga. Boleh juga digunakan untuk benda. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.07.2008 |
1)tidak ekonomikal 2)Inspira 3)sama ada atau samada | 1)Istilah bahasa Melayu untuk 'economical' ialah ekonomi atau berekonomi. Terjemahan bahasa Melayu ialah jimat, hemat, cermat atau menjimatkan. 2)Tidak ada perkataan inspira dalam bahasa Melayu. 3)Ejaan yang betul ialah sama ada (dua perkataan) | Istilah | 24.11.2011 |
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan. | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Istilah | 07.12.2009 |
kebanyakan penulis atau wartawan menggunakan penggunaan kata hubung sepelas noktah contohnyadan,tetapi,lalu dan sebagainya.Adakah penggunaan kata hubung selepas noktah betul penggunaannya. | Mengikut hukum tatabahasa, penggunaan kata hubung selepas noktah adalah salah. Penulis atau wartawan selalu menggunakan kata hubung selepas noktah kerana ingin menjimatkan ruang dan melanggar hukum tatabahasa. Untuk itu, sebarang permasalahan tentang tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan tidak menjadikan akhbar sebagai rujukan utama dalam konteks tatabahasa. | Tatabahasa | 06.10.2008 |