Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jolok
Kata Terbitan : menjolok, jolokan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"?Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Makna02.09.2015
Merujuk jawapan kepada soalan saya yang lepas tentang ketepatan perkataan mencolok mata dan menjolok mata, mengapakan perkataan menjolok mata tidak dapat diterima kerana menurut carian dalam http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=menjolok%20mata&Type=1, maksudnya ialah a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb).? Bukankah maksudnya sama? Persoalan ini timbul kerana dalam ujian sekolah anak mereka telah diberi soalan untuk memilih di anatara menjolok mata dan mencolok mata. Kekeliruan timbul kerana carian dalam kamus memberikan maksud yang sama kepada kedua-dua perkataan tersebut. Bagaimanakah hal ini dapat diterangkan kepada anak-anak?? Harap dapat membantuMenjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat. Walau bagaimanapun dalam hal peperiksaan saudara perlu merujuk kepada pihak Kementerian Pelajaran kerana pihak Kementerian telah menyediakan skema jawapannya sendiri.Tatabahasa23.03.2010
Ada pendapat yang menyatakan bahawa mencolok mata lebih tepat penggunaannya daripada menjolok mata. Jika dirujuk Kamus Dewan, makna mencolok mata dan menjolok mata hampir sama dan boleh digunakan dalam ayat.Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.Tatabahasa30.03.2010
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan.

1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul.  Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat  dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan.  

2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new'  ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi.  

Tatabahasa20.05.2011
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.

Tatabahasa11.05.2010
Tuan/Puan, Apakah perbezaan di antara "mencolok mata" dan "menjolok mata"? Perkataaan yang manakah yg lebih sesuai utk digunakan pada: .... tdk mengenakan pakaian yg mencolok/menjolok mata? Terima kasihMerujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Makna16.12.2016
Tuan, Mohon penjelasan bagi penggunaan frasa 'MENJOLOK MATA' di dalam ayat berikut. Adakah tepat atau perlu ditukar kepada 'MENCOLOK MATA':- Staf UNISEL (lelaki dan wanita) TIDAK DIBENARKAN memakai pakaian yang menjolok mata dan mestilah berpakaian kemas. Sekian. Terima kasih.Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya), manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Untuk makluman, perkataan yang diterima pakai untuk konteks yang diberikan ialah mencolok mata untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihat kerana berlebih-lebihan.Makna10.04.2012
penggunaan perkataan colok contoh..... mencolok mata dan menjolok mata. yang mana satu betul penggunaannya

Kedua-dua perkataan membawa maksud a.sangat jelas kelihatan, sangat nyata.b. memberi malu, menyakitkan hati. Yang biasa digunakan ialah menjolok mata

Tatabahasa29.02.2008
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan 'menjolok' digunakan untuk ayat seperti" Pakaiannya menjolok mata. Terima kasih.Perkataan menjolok dalam ayat tersebut betul. Dalam Kamus Dewan, makna menjolok mata yang kedua ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya).Tatabahasa10.02.2012
1234

Kembali ke atas