Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual.kan] | منجوالکن

Definisi : menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual.kan] | منجوالکن

Definisi : menjual sesuatu utk orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjualkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera saya ingin menyemak perkara berikut untuk kepastian. 1) Jika perkataan "Jadi" digunakan di awal ayat, perlukah diikuti dengan koma? Contohnya, "Jadi, kita perlu makan epal" atau tidak perlu koma? 2) Apakah beza penggunaan "jual" dan "menjual" dalam konteks ini - "Ali jual kereta kepada Ahmad" atau "Ali menjual kereta kepada Ahmad", adakah kedua-duanya betul?

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 851, perkataan “jadi” bermaksud berhasil, berjaya, dan banyak lagi maksud yang dirakamkan dalam kamus. Perkataan ‘jadi” tidak tergolong dalam kategori penanda wacana. Oleh itu, perkataan “jadi” tidak boleh digunakan pada awal ayat. Contoh ayat yang diberikan dalam soalan adalah tidak tepat. Ayat tersebut perlu dilengkapkan dengan ayat sebelumnya. Contohnya, “Kita telah kehabisan bekalan makanan, jadi kita perlu makan buah epal.” Tanda koma lazimnya digunakan sebelum perkataan “jadi”.

SOALAN 2.

Perkataan “menjual” merupakan kata kerja terbitan daripada kata dasar “jual” yang menerima awalan meN- yang membawa maksud perbuatan menjualkan atau menukar barang dengan wang. Oleh yang demikian, ayat “Ali menjual kereta kepada Ahmad” adalah gramatis dan boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 151 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/




Tatabahasa17.04.2024

Kembali ke atas